Monday, November 16, 2009

Persediaan final exam.....persediaan exam akhirat??

FINAL EXAM!!!!!!

1 event
yg memerlukan persediaan yg kukuh terutama sekali buat student2 yg akan mengambil peperiksaan yang besar. Mereka akan berusaha segigih yang mungkin supaya kecemerlangan yang mereka harapkan tercapai demi membahagiakan & memenuhi harapan kedua ibu bapa tercinta.
Sememangnya itulah yang perlu mereka laksanakan selagi mereka digelar sebagai "pelajar".
Setiap input yang kita pelajari akan kita ingati sekemas yang mungkin, membuat latihan setiap masa, mengulangkaji mengikut jadual yang telah disusun, berbincang dengan rakan & bersemuka dengan guru/pensyarah...

Segala usaha yang dilakukan itu hanyalah semata-mata untuk menghadapi peperiksaan akhir.
Cuma, keadaan ini akan menjadi berlainan jika seseorang pelajar itu tidak mempelajarinya hanya untuk peperiksaan, tetapi di samping untuk menambah pengetahuan sendiri, bekalan ilmu untuk masa hadapan...semua ini bergantung kepada individu tersebut.
Jadi, apabila hampir tibanya hari peperiksaan, perasaan gementar & takut semakin menjadi-jadi. Setiap masa mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang mereka pelajari sehinggakan terlupa untuk melaksanakan perkara yang fardhu(solat).



Saya menjadi semakin berfikir, alangkah baiknya jika kesungguhan yang mereka laksanakan untuk peperiksaan akhir diaplikasikan untuk peperiksaan di akhirat.....

YA!! PEPERIKSAAN DI AKHIRAT...
Dengan kata lain adalah keadaan di alam barzakh nanti dimana kita akan ditanya tentang amalan yang telah kita lakukan di dunia ini.
Betapa bahagianya jika seseorang itu menyedari hakikat hidup sebagai seorang hamba Allah yang hanya hidup sementara di dunia ini...mereka akan bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu akhirat, membuat latihan ibadah, berhadapan kpd Yang Esa dengan merendahkan diri kepadaNya. Semua usaha itu dilaksanakan seikhlas yang mungkin semata-mata mengharapkan keredhaan dari Allah supaya memberikan kejayaan di akhirat nanti....

Alangkah bagus jika kita semua mnyedari perlunya persediaan untuk peperiksaan akhirat nanti. Semua insan akan ditanya tentang amalan yang telah mereka kerjakan di dunia ini.

Sepertimana Rsulullah SAW bersabda:

Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari Qiyamat sehingga dia disoal tentang empat perkara: Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yg sudah dilakukan dgn ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yg telah dia lakukan?

HR Tirmidzi::

Semua persoalan ini berkaitan dengan segala perkara yang telah kita lakukan di dunia ini.

Dengan kesedaran ini, mereka akan sentiasa bersedia dengan segala persiapan dalaman terutama sekali bekalan-bekalan rohani supaya di sana nanti akan menjadi ‘back-up’ terhadap mana kesilapan yang kita lakukan.

Itulah yang sepatutnya kita aplikasikan dari sekarang di mana manusia yang sering sibuk dengan urusan duniawi tidak harus memandang enteng dengan hari pembalasan kerana kita tidak mengetahui bilakah tibanya ajal seseorang itu.

Inilah yang perlu disedari bahawa peperiksaan di dunia diketahui waktu dan tarikhnya, dan mereka (pelajar) boleh menetapkan waktu untuk membuat persediaan. Tetapi peperiksaan di akhirat? Adakah kita semua mengetahui waktu & tarikhnya? Sememangnya tidak & seharusnya sesuatu yang tidak akan diketahui itulah yang perlu dibuat persediaan seawal yang mungkin terutama sekali sewaktu kita masih bertenaga iaitu di zaman remaja.

Sebab itu ada hadis yang menyatakan 7 golongan yang akan masuk syurga, & semua yang dinyatakan itulah adalah golongan belia :

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat 7 golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tiada lagi pelindung selain Dia, iaitu :
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
  4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang lelaki yang apabila dirayu untuk melakukan zina oleh seorang wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: "Tidak, saya takut kepada Allah."
  6. Lelaki yang bersedekah dengan rahsia sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan oleh tangan kanan.
  7. Lelaki yang berzikir secara bersendirian, air matanya berlinangan kerana takutkan akan azab Allah.

Jadi, pengutamaan bagi membuat persiapan utk exam akhirat adalah di waktu belia remaja lg & bukanlah apabila tulang sudah mula mereput baru hendak melakukan persediaan. Sangatlah sedikit akaun pahala bagi mereka yg ingin memulakan di zaman tua nanti.

Tidak perlulah bertangguh untuk bertaubat @ beramal jika tidak mengetahui waktu kematian. Sedangkan kita sentiasa menyegerakan urusan duniawi, mengapa pula ingin menangguh urusan ukhrawi? Seimbangkanlah kedua-duanya berlandaskan keimanan.

InsyaAllah, dgn usaha yg penuh mujahadah & istiqamah, Allah tidak akan teragak-agak untuk memberi kejayaan bg final exam jika kita mengutamakn jua persediaan utk exam akhirat.....

bittaufiq wannajah buat sahabat2 seperjuangan.

wallahu a'lam....


Tuesday, November 3, 2009

Ku serah Cinta

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang duka

Akan kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta matlamat itu
Bersadur segunung kepalsuan
Dan kepuraan...

Kuserahkan cinta ini
Hanya padamu oh Tuhan

Aku adalah aku sekarang
Biar berduka tetap berjuang
Akan kuserahkan cinta ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang

Ku serahkan cinta ini...........

Sunday, October 25, 2009

Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara


Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian.

HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen....

sumber dari: sini

Tuesday, October 6, 2009

Resam Kehidupan

keluhan hati sntiasa muncul bilamana diri ni b'hadapan dgn plbagai mehnah dan ujian...
kekadang terasa tiada kekuatan utk menanggung semua itu,

tapi, itulah dikatakan resam kehidupan. semua yang hidup di muka bumi Allah harus memikul bebanan trsebut, yg beza hanyalah ats sndaran kita. sama ada b'sndrkan iman atau nafsu...
tepuk dada, tnya diri sndiri...

begitulah juga sy @ yg lain yg skrg hidup sbg seorg mahasiswa di universiti (selain mnjd hamba Allah), harus mlksanakan tugasan yg diberi....
mnjadi kekusahan bila mlakukan tugas dlm b'kumpulan, dgn b'hdpn manusia yg plbagai ragam, saling brgantung dgn org lain,hnya ingn mnunggu arhan, mlakukan scra acuh x acuh....

Ya Allah, kuatnya dugaan yg kau beri utk aku kecapi kjayaan.....

hanya manusia yg mnyedari keadaan mereka, akn cuba b'usaha b'sma2 dlm mnghdpi ujian...
moga nukilan ini dpt menenangkn hatiku di atas permasalahan yg ku hadapi ni....

Monday, September 28, 2009

Tarbiyyah Ramadhan


Sebulan Ramadhan berlalu bagaikan seminggu, mebuatkan kita tidak menyedari kehadiran & pemergiannya.....
dan sepanjang itulah kita sedaya upaya untuk memperbanyakkan amalan supaya kelebihan dalam bulan itu tidak kita persiakan.
Tapi, adakah segala ibadah yang kita laksanakan sebulan lalu masih dipelihara hingga kini??

Sekarang, tibanya Syawal, hadirnya kita raikan dengan penuh kegembiraan tanda hadiah dariNya atas rukun islam ke 3 yang telah kita jalankan. Dikhuatiri kita akan lupakan segala kenangan bersama Ramadhan. Jadi, bagi sesiapa yang benar menghayatinya, insyAllah mereka akan mengistiqamahkan diri dengan amalan2 tersebut, tp bagi yang mudah alpa, amalan itu akan menjadi manfaat pada waktu itu shj.

Jadi, hendaklah kita mngambil iktibar daripada tarbiyyah Ramadhan yang banyak memberi dan menydarkan kita dalam mengislahkan diri untuk ke arah yang lebih baik. Segala perkara sunnah yang kita cuba pergandakan, harap dapat kita teruskan hingga pada hari2 yang mendatang.....

Indahnya Ramadhan, entah akan kita temuinya semula entah tidak...
Ya Allah, semoga Engkau menjadikan kami hamba yang sentiasa mengabdikan diri kepadaMu,
Semoga Engkau mengurniakan keberkatan Ramadhan yang telah ku tempuhi agar ku sentiasa meneruskan ibadahku kepadaMu....
Dan ku harap agar Kau pertemukan ku kembali dgn Ramadhan yg akan dtg..
Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, June 26, 2009

Kemenangan Yang Tak Diduga

Setelah lama ditunggu, dari hari ke hari akhirnya tiba juga event yang telah berlangsung semalam (18/6/09) iaitu ‘USIM YOUNG INVENTORS FAIR’. Event nie diadakan sempena program elsp (English learning supporting program), di mana setiap group diwajibkan utk merekacipta produk yang tak pernah ada di pasaran..menarik kan??
Jadinye,group aku (group 18) decide la utk create produk bantal beraromaterapi yg dinamakan “AaRITALO”..mknenye dari awl progrm, kami dh perlu prepare n start create produk 2 & tibe 18hb kami hanya tinggal present je.

Nak dijadikan cerita, setiap orang dipertanggungjawabkan dengan tugas masing2,termasuklah aku dipilih sbg salah seorang presenter.
Macam biasa, setiap perancangan mesti ada kekurangannya & ada ketidakpuashatian oleh sesetengah pihak. Hinggakan sehari sebelum event pn, ada perubahan yang perlu dibuat. Masa tu aku bkn fikir pertandingan dah, ni dah kira macam persediaan untuk pembentangan projek baru oleh syarikat yang maju!! Masakan tidak, sebab aku sendiri yang akan membentangkan apa yang telah kami rancangkan sebelum ni dan setiap maklumat yang nak dibentangkan sangat rumit sebab melibatkan fakta sains. Pening kepala dibuatnya..

Tapi dengan semangat kerjasama dari sahabat2 yg lain, akhirnya pada hari berlangsung,semua persediaan dapat berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah. Apa yang aku hanya harapkan masa tu,moga2 aku & 4 sahabat yang lain dapat present dengan baik. Alhamdulillah,ternyata para hakim yang datang ke booth kami memberikan respon yang sangat baik & aku tengok mereka khusyuk mendengar apa yg kami bentangkan. Group aku dikatakan antara group yang terawal yang perlu dibentangkan,lebih kurang pukul 9.30 pagi. Dalam keadaan gementar, berjaya juga kami present pd judges tu, hinggakan ada salah seorang dpd hakim menyatakan ”good effort” pd kami.
Syukurnya.. Lepas present tu,semua ahli bertebaran pergi ke booth yang lain utk tengok produk2 yang mereka buat. Pendapat aku,produk yang mereka cipta memang menarik tapi tak ada yang boleh digunakan utk jangka masa panjang. Hanya beberapa group je yang create produk yg betul2 boleh digunakan termasuklah group aku.hehe. yang lain setakat mencipta model replika je.

Seriously!!! Memang betul, tapi tak lah sampai menjangkakan atau mengharap yang kami akan menang sebab persaingan sangat banyak dengan melibatkan antara 40-50 kumpulan.
Dan tibalah waktu penyampaian hadiah, kumpulan kami hanya tinggal beberapa org je sbb ade ahli yg terpaksa balik awal.
Dengan perasaan yang kosong, kami hanya mendengar pemenang yang berjaya mendapat tempat dari no10 hinggalah no5. tanpa diduga, tba2 datanglah sorang lecturer ni ke arah booth kami & trus tnya apa nama produk kami. Lpas kami beritahu,die pn trus meluru ke arah pentas. Kami di belakang antara percaya dan tidak sama ada kami menang ataupun sebaliknya.ada kwn yang dah ucapkan tahniah & ada yang minta pengarah kami bersedia utk naik ke pntas. Kami t’pinga2. hingga tiba tmpt yg ke3,group kami tidak disebut lg.

Bila tiba tempat ke-2,barulah kumpulan kami disebut tp memang tak disangka & kami jga tak menunjukkan apa2 respon hinggalah ketua pengarah naik ke pentas, barulah kami tepuk dengan bangga..
Inilah saat yang tak dapat aku lupakan.
Tapi, apa pun yg berlaku, aku perlu menyedari bhwa setiap yg terjadi adalah dengan izinNya & ada hikmahnya. Dia yang Maha Memberi atas segala sesuatu. Aku sgt bersyukur kpd Allah SWT. Buat yg terakhir, tahniah kpd shbt2 kumpulan 18 (elsp3)!!!