Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

Tindakan seorang yg berfikiran dewasa & matang

~BERFIKIRLAH sebelum bertindak

~SIASATLAH apabila mndengar berita yg buruk

~DIAMLAH sebelum mengeluarkan kata2 yg tidak enak

~ISTIGHFARLAH apabila rasa hendak marah

~BERSANGKA BAIKLAH sebelum terdetik sangkaan2 buruk yg tidak tahu tahap kebenarannya

~BERSABARLAH selagi belum dpt apa yg dikehendaki

Tiada yg terjadi tak bersebab. Semua yg berlaku ada hikmahnya. Cuma kita sbg seorg yg sudah dewasa,paling penting bagaimana utk kita respon terhadap permasalahan yg berlaku...

~Sekadar luahan rasa~

Monday, January 24, 2011

This way.....

Islah fi nafsi, Islah bainannas......

Alhamdulillah, praise to Allah because I still have chance to get a good breath & continue my life....

Just a simple post for today,,,

I just want to say that I will post any information (original post) in English language because this is the one way for me to improve my English. so, I must take this as a chance to do my best in powering my foreign language...

So, whoever see my blog, hopefully you will understand what I want to tell to my readers...=)

This way also help me to share the tazkirah and remembering each other..InsyaAllah.

Just this way........

Thursday, June 24, 2010

Kenal mengenali

Post buat sesiapa yang sedang mengenali seseorang (bukan mahram), bukan couple tp dlm saling mengenali… di bawah ini adalah antara tahap2 yang akan dilalui @ dirasakan oleh mereka2 ni..
Tanyakan soalan2 ni ke dalam dirimu & fikirkan tindakan seterusnya apa yang perlu dilakukan setelah membacanya….
Di sini hanyalah panduan utk menasihati diri agar tidak mudah tersasar & langkah berjaga-jaga dalam mengharungi dugaan yang penuh mencabar ni..

Aku ingin berkenalan dengannya lebih rapat….
Dengan siapa?
Adakah dia mahram aku?
Atas tujuan apa aku ingin berkenalan dengannya?

Kalau tujuan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, dibenarkan tapi mestilah dalam bersyariat & berwaspadalah sentiasa, kalau untuk berkenalan dengan alasan menjalin ukhwah semata, hentikanlah.. tiada apa makna & keberkatan yang aku akan peroleh daripada perkenalan tersebut. Anggaplah dia sebagai kawan sahaja.. ketahuilah hakikat bahawa tiada keakraban dalam persahabatan antara lelaki & perempuan yang bukan mahram.


Nak mesej dgn dia…
Nape aku mesti nak mesej?
Ada perkara penting yang nak aku bincangkan?
Tak risau ke kesan yang aku akan dapat kalau mesej dengan dia tanpa ada sebab musabab yang penting?
Syaitan tak ada dengan aku ke bila aku mesej dengan dia?

Hakikatnya ikhtilat di alam maya (mesej) inilah lebih merbahaya berbanding dalam keadaan yang nyata kerana kita tidak akan perasan sama ada tindakan @ apa yang kita nyatakan padanya memberi kesan yang mendalam pada hati. Kita hanya mengetahui org ke-3 (syaitan) berada di antara 2 org yang sedang berdua-duaan tetapi tidak menyedari yang mesej itu sama sahaja dengan situasi berdua-duaan cuma 2 tempat yang berbeza. Bermesej dari hati ke hati yang hanya menggunakan perantaraan handset tanpa berkata2 seumpama berbual berhadapan dengan dia tanpa ada tujuan tertentu. Jadi, mesejlah dia bila ada perkara penting yang nak dibincangkan & tak boleh dielak melainkan dengannya sahaja…


Dia selalu tanya khabar padaku….
Kalau sakit, dia boleh buat apa padaku?
Selama ni dia jaga aku ke?
Adakah itu bermakna dia suka padaku? Barangkali dia hanya bertanyakan khabar sahaja…
Nape tak fikirkan Dia yang sentiasa jaga & bagi kesihatan kat aku selama ni?

Ya, di mana aku letakkan Allah ketika ini? Ketika aku merasakan ada yang lebih mengambil berat tentang diriku… tetapi tidak merasakan Dia Yang Maha Memberi yang selalu beri kesihatan & kenikmatan padaku….Aku begitu tersentuh & merasakan diri dihargai bila dia yang aku tak kenali, bertanyakan khabar padamu,tetapi kau tak pernah tersentuh mahupun bersyukur pd Dia yang memang aku kenali yang selalu ambil berat pasal aku? Sedihnya, bila dalam sehari kita lupa untuk bersyukur padaNya tetapi dengan mudah kita berterima kasih padanya kerana sentiasa mengambil tahu tentang kita…apa maknanya tu?


Hati asyik terfikirkan dia….
Adakah itu tandanya dia fikirkan pd aku juga?
Bukankah tu maknanya aku sudah merasakan sesuatu perasaan padanya?
Boleh & yakin ke orang yang fikirkan itu jodoh sebenar kau atau mainan syaitan semata-mata?
Bukankah itu dah dikira zina hati?
Di mana kau letak Allah dalam hatimu? Astaghfirullahal ‘azim..

Sia-sianya kehidupan seharianku bila aku mengingatinya..setiap gerak-geriku hanya teringatkannya & semakin kurang melakukan kerja harian dengan berniat hanya keranaNya. Ya Allah, semenjak perkenalan aku & dia, aku dah ketepikanMu, malunya aku padaMu ya Allah..adakah apa yang kulakukan selama ni telah Kau berkati?atau mungkin Kau murkai? Di mana statusku sebagai hambaMu ya Allah..janganlah Kau ketepikan diriku ini walau sesaat kerana aku lebih bergantung padaMu berbanding bergantung padanya yang entah ke mana..hanya pdMu shjalah yg sepatutnya ku fikirkan…& tak seharusnya aku kenal dia dengan cara ni yang sememangnya digauli dengan pujukan syaitan dan secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam dalam diri ini.


Inilah antara beberapa rentetan peristiwa dari tahap ke tahap yang akan berlaku kepada mereka yang dalam proses bekenalan & berhubung dengannya.…
Perkara ini tdak boleh dinafikan yang akan hadirnya perasaan suka @ sayang @ cinta dalam diri kita kerana perasaan itu tetap akan hadir bila-bila masa selagi kita berhubung dengannya yang bukan mahram & entah pasti atau tidak bahawa dia tu adalah jodoh kita. Kita xmampu mengawalnya melainkan dibatasi dengan keimanan. Ingatlah, di antara yang 2 itu, akan ada yg ke-3..
Jadi berwaspadalah sentiasa dalam mengenali seorang ajnabi ini…Jika kita merasakan yang dia benar2 jodoh kita, berdoa & istikharahlah,moga Allah beri petunjuk pd kita & pandu diri kita utk menjaga pergaulan. Tetapi,sebaiknya tidak perlulah untuk berkenalan dengan lebih rapat jikalau bukan niat kita utk mencari jodoh @ tidak merancang utk berkahwin dlm masa terdekat.
Ingatlah, jodoh itu dahpun tertulis di Luh MahfuzNya & kita akan mengetahuinya juga suatu hari nanti. Walupun kita perlu berusaha, tetapi biarlah sesuai dengan waktu & keadaan kita yang sememangnya sudah bersedia utk berumahtangga….


Selingan lirik nasyid “Ku Serah Cinta” – In Team.
Ku serah segala ketentutan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu & menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang duka

# Akan kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersadur segunung kepalsuan & kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin apa terjadi
Kerana..kerana tindakanku mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini hanya pada Mu oh Tuhan

ulang #

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan kuserahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini.....