Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Monday, March 28, 2016

Learn 4 today:- Rancang apa yg di depan mata

~28032016~Isnin~

Cik siti dpt 1 perkongsian baru dpd org dewasa. Pembantu am di tmpat kerja sy, k.mas gelarannya. Sambil buat kerja rajin berkongsi itu & ini utk anak2 muda spt cik siti (walaupun xbrapa muda). Katanya, bila berkehendakkan sesuatu, rancang sebaiknya & perancangan tu biarlah selari dgn kemampuan kita. Paling penting, apa yg dirancang tu cukuplah sekadar dlm pengetahuan kita & org2 yg berkaitan. Xperlu digembar gembur & diwar2kan pd org lain. Kelak makan diri. Pengalaman k.mas,bila dia lihat org yg semangat berckp hendak buat itu & ini, org tu jugalah yg x maju ke mana2. Sebaliknya, org yg dia nmpak biasa2 shj, xwar2kan sgla prncangan hidup dia,org tu la lbih maju ke depan, kehidupan lebih teratur, & lebih bersikap merendah diri dgn org lain.

Itulah realiti hidup. Dlm setiap masa,mmg kita dgalakkan utk sentiasa bersikap sederhana,tidak memandai2 & memperkatakan apa yg belum ada di hadapannya lg. Kerana kita x tahu apa yg akn terjadi pd esok hari, apatah lg pd minggu depan atau bln depan. Jd, perancangan tu perlulah berasas & menepati dgn kemampuan diri sendiri. Katanya lg, kalau org bertanya ttg perancangan kita, jwblah sekadarnya. Kalau kita pulak nak tahu sesuatu mklumat ttg apa yg kita rancangkn, eloklah sekadar bertanya kpd org2 yg lebih brpengetahuan & yg dipercayai.

Ok,ini shj perkongsian dpd cik siti. Moga cik siti belajar, serap & ingat serta lksanakan apa yg cik siti dpt harini.

Wallahua'alam.

*sekadar perkongsian*

Tuesday, September 22, 2015

Tawakal dengan Istikharah

Assalamualaikum.

Saat Dia mengujimu dengan pelbagai pilihan, kau gusar untuk menetapkan keputusan. Namun berbekalkan ilmu di dada, selidiki dan telitilah setiap pilihan yang ada dihadapanmu.

Dan disaat itu jugalah penting bagimu untuk meletakkan segala sandaran hanya kepada Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Lalu beristikhirahlah dirimu atas pilihan-pilihan yang kau gusarkan itu.

Setelah beristikhirah & hatimu senang untuk membuat keputusan, pilihlah dengan penuh pasrah. Dengan harapan moga setiap pilihan itu adalah pilihan daripada Allah SWT jua.

Barangkali itulah usaha terakhir buat dirimu. Jangan! Usah terlalu selesa. Dalam meneruskan kehidupan dengan pilihan istikharahmu itu, teruskan lagi untuk beristikharah dan berhajat padaNya supaya dengan cara ini kau benar-benar bergantung dan berharap denganNya semata-mata. Bukan selain dariNya.

Pada akhirnya, apa yang telah kau pilih dalam hidup ini itulah pilihan yang Dia ingin tentukan untuk dirimu. Dia yang mengetahui segala-galanya. Teruskan perjalanan hidupmu dengan penuh pasrah dan tawakal padaNya. Tiada daya & upaya kita untuk menentukan segalanya melainkan dengan izinNya.
Apapun takdir yang berlaku itulah kehendak dari Yang Maha Esa. Syukur & sabar kunci utama.
Sekali lagi, bertawakallah dengan istikharahmu!!!

Tuesday, August 25, 2015

Perbetulkan diri.

Assalamualaikum...

Harini ikutkan banyak topik yg ingin diutarakan. Tp tak mengapa,masih banyak masa lg. Sekarang sy highlightkn post kalini berkenaan dengan sikap.Nak tahu isinya? Jom teruskan membaca..

Situasi A : terlalu banyak kesalahan org lain yg dijumpainya seumpama mencari jerawat di celah hidung org.selagi xjumpa, selagi tu dicarinya. Lebih byk kesalahan yg dijumpai,lg enak dia berbicara tentang kesalahan seseorg itu.

Situasi B : apabila sesuatu kesalahan itu berkait dengan dirinya juga,dgn automatik dia menidakkan kesalahan dirinya malah mencari2 lg alasan utk memenangkan kesalahannya dan terus2an menuding kesalahan itu kpd org lain.

Situasi C : apabila sesuatu kesalahan itu benar salah pd dirinya seorg sahaja, dia diam seribu bahasa dengan masam mencuka tanpa mengakui kesalahan tersebut. Dengan erti kata ringkas, dia EGO dlm mengakui kesalahan & perbetulkan kesalahan.

Situasi D : apabila sesuatu perkara yg dilakukannya betul & berjaya, perkara itulah yg diangkat2nya sendiri sehingga mahukan org sekeliling tepuk tgn & memujinya berkali2. Tetapi belum benar2 terbukti kualiti kejayaannya itu,tetapi sudah mahu berpuas hati hanya di peringkat itu.

Demikianlah antara situasi2 yg telah sy jumpai & barangkali sy sendiri pernah laluinya 1 masa dahulu...benar,hakikatnya kita hanya manusia biasa yg xlepas dr kesilapan. Tetapi jgn sesekali biarkan kesilapan itu berlaku berulang kali. Belajarlah dpd pengalaman,terimalah segala teguran.

Bila kita sedar akan kelemahan & kekhilafan diri, insyaAllah Allah akan mudahkan langkah utk kita baiki diri.

Pesanan : JANGAN sesekali biarkan situasi2 begini berlaku dalam diri kita berulang kali. Semalam adalah sejarah yg harus kita kenang & xmungkin utk kita ulang. Jika mahu jd yg terbaik utk insan sekeliling, perbetulkan diri terlebih dahulu. InsyaAllah, niat kita utk bantu baiki org lain terlaksana jua.

Moga bermanfaat.. :-)

Friday, August 14, 2015

Tips untuk book hotel dgn harga special


Salam jumaat yg penuh barakah... :-)

Harini nak share knowledge pula ttg tips utk survey & tempah hotel..

X susah pn. 1 perkara yg kita perlu tau,medium utk menempah hotel ade byk cara,samaada:
1) call direct dgn hotel tu, atau
2) tempah melalui online di website hotel tersebut, atau
3) tempah melalui website alternatif yg menawarkan senarai2 hotel di malaysia, cth agoda ke.. trivago ke.. dll

Tp jgn tempah dulu..sebelum decide utk tempah, survey dlu harga utk ketiga2 cara ni, mana 1 yg dpt promotion price..haa,kdg2 ade mase harga booking online lg mahal dpd hrga booking di agoda. Ade mase dia jauh lbih murah pulak (mcm contoh yg sy tunjuk kt ats tuuu..) 5hari 4mlm =RM377++ je..berbaloi kan..so,kena la rajin2kan diri utk survey. Khas utk org yg suka berjimat cermat mcm sy.hihi..

Then, last skali bg yg booking online ni pastikan ade credit card atau debit card sbb biasanya dia akn minta no credit card sbg jaminan byrn hotel. Ade hotel pula minta kita bayar semasa check-in. Jd, kena la baca term & condition terlebih dahulu. Dh setuju baru booking.

Sekian shj perkongsian sy utk kali ni. Kalau ade pertanyaan boleh la tanya di box comment tu. Mane pengalaman yg sy dh lalui boleh la sy kongsikan di sini.. InsyaAllah. :-)

~Experience better than knowledge~