Wednesday, May 26, 2010

Bahayanya Lidah

Saat mata yg masih xterpejam, diri ni ligat berfikir ape yg nk dipost utk kali ini...

Teringat bila petang tadi terbaca 1 tazkirah dlm sebuah majalah yg agak biasa, nk kata Islamic tak jugak, tapi adalah manfaatnya walaupaun sedikit,(salah satu cara utk tarbiyyah diri) & tazkirah 2 mengingatkan tentang bahayanya lidah..berfikir sejenak bila merasakan susah juga diri ni nak menjaga lidah. Setiap hari bercakap,borak, ketawa, & kadang2 tak menyedari kesilapan kita dalam berkata2...

Jd,sekurang2nya bila baca tu mengingatkan diri supaya sentiasa jaga apa yg dikata & akan dikata.

Dinyatakan dlm Surah Al-Mukminun ayat 1-3 maksdunya:
"Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya,orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna"

Dalam Hadis pula,
Abdullah bin Abbas r.a. mengatakan, "Ada 5 perkara yg lebih baik bg mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam iaitu,

1. Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yg tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu & aku tidak menjamin engkau akan selamat dpd dosa.

2. Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilkakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yg memalukan.

3. Janganlah engkau berdebat dgn org yg sabar atau bijaksana dan juga dgn orang yg berperangai buruk sebab org yg sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala org yg berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

4. Ceritakanlah kpd saudaramu yg tidak hadir tentang apa2 yg engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia spt engkausendiri ingi dimaafkan olehnya.

5. Buatlah seperti org yg benar2 sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan.

Hmmmm,,,insaf pd diri ni yg memang suka berkata2..:-)
Allah sendiri pun dh janjikan akan berjaya org yg beriman jika menjauhi perbuatan/perkataan yg tak bermanfaat..
Moga lidah ni sentiasa ditarbiah & mengingatkan diri supaya memanfaatkan apa2 yg bermanfaat.

LIDAH OH LIDAH!!!!
JANGAN KAU BERBICARA SELAGI IANYA TIDAK BERMAKNA!!!

Thursday, May 20, 2010

Citarasa Insan Bergelar Adam

Wanita…..sesungguhnya kejadianmu terlalu unik! Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Wanita umpama sekuntum bunga…harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu, namun…tidak semua bunga yang senang didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.. bak mawar! Dari jauh sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang tetapi awas…..duri yang melindungnya bisa membuat sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


Mawar aspirasi setiap mujahidah! Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk sebagai ganti alat solek dan alangkah indahnya wajahmu yang ayu itu berada disebalik tabir dilindungi dan bukan sebagai perhatian manusia, namun hakikatnya kau berada dalam perhatian dan pemeliharaan Allah swt kerana cuba memelihara keayuanmu. Moga kita dapat menghidupkan sunnah walaupun hanya secebis cuma. Ingatlah wahai wanita…barangsiapa yang cuba hidupkan sesuatu sunnah maka sudah pasti akan tergolong bersama mereka yang bakal mendapat seratus pahala orang mati syahid! Andainya generasi ini tidak cuba pertahankan warisan itu, maka generasi manakah yang sanggup untuk mempertahankannya dalam arus kejahilan sosial yang melanda? Sedih hati ini melihat kebejatan muda mudi kita sekarang …


Dirimu punyai ciri-ciri wanita solehah maka selubungilah auratmu agar tidak terhangus dari cahaya mata ajnabi. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan di dalam suatu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang patuh dan taat kepada penciptanya dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun…untuk mencapai maqam wanita solehah memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ia bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi 'title' gadis yang dimiliki, sudah pastinya darah muda mencabar rasa keimanan yang ada. Namun begitu, sesiapa yang ingin kebaikan, maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting, mesti punyai azam, azam dan istiqamah.


Akuilah hakikat kejadianmu yang menjadi fitnah kepada kaum lelaki. Seandainya pakaian malumu ditanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengi dirimu. Sesungguhnya Nabi ada menyebutkan tentang bahaya dirimu:

" tidak ada satu fitnah yang lebih besar dan lebih bahaya selepas kewafatanku daripada fitnah yang berpunca dari wanita" . Oleh itu wanita…setiap langkah dan sikapmu hendaklah berpaksikan kepada Quran dan Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Wanita…dirimu harapan ummah sebagai mujahidah yang bakal menggoncang dunia dengan sentuhan lembutmu!


Wanita…dalam hidup ini pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani. Namun, ramai di antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia biasanya berputik dari nafsu memalingkan mereka dari menjaga kesuciannya dengan landasan cinta Allah. Benarlah kata Baginda Rasulullah saw…' sesungguhnya cinta itu buta'. Cinta mampu membutakan mata dan hati manusia! Cintailah dirimu dan selidiklah hakikat kejadianmu yang begitu simbolik. Berasal dari setitis air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah swt. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatanmu terhadap-Nya dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu…..amin!


Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak, tetapi apabila diserahkan kepada Allah sudah pasti ia akan bercantum kembali, insya Allah. Dalam usiamu, sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mambina syakhsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak bertapak dalam hati-hati manusia yang bermaksiat.


Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama…." Cintakan manusia tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang itu kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itu kecewa, menderita dan seksa. Oleh itu, tidak ada satu cintapun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri".


Wanita solehah! Bersamalah kita muhasabah diri kita sejauh manakah marhalah iman kita kepada Allah dan kecintaan kita kepada Baginda saw…