Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, October 5, 2012

ISTERI MENANGGUNG SUAMI ATAU SEBALIKNYA??? OH LELAKI........

Hari ini saya sempat menonton Semanis Kurma di TV9 yg bertajuk Bajet Keluarga. Di kesempatan itu, saya sempat meletakkan post ke FB utk berkongsi bersama kawan2 supaya dapat menonton rancangan tersebut. Tidak lama selepas itu, sepupu saya (perempuan) komen menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap lelaki zaman sekarang yang memang kebanyakannya hanya melepaskan batuk di tangga, menyerahkan seluruh tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada isteri. Memang benar!!!! Jika ingin diturutkan hati, mahu sahaja sy menjerit di seluruh pelusuk dunia "kenapa laki zaman sekarang tak bertanggungjawab????????????" Melalui usia2 yg hampir layak ke arah gerbang perkahwinan, saya menjadi takut untuk melalui semua itu...tetapi adakah sanggup kita membujang sampai ke tua? Adakah sanggup untuk tidak menyempurnakan agama Islam & mengikuti sunnahnya? Teringat akan hadis ni..Rasulullah bersabda: Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no:1916-B.

Lalu saya memujuk hati sendiri & sepupu saya supaya berdoa agar dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab & tahu akan peranannya sebagai seorang suami. Sedih juga bila mengenangkan apabila perkara sebegini bukan sahaja didengari oleh kata2 sekeliling, bahkan saya sendiri hidup di kalangan lelaki2 yang sebegini. Walaupun saya sendiri belum berkahwin, ini bukan bermakna tidak penting untuk diri saya tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling saya, tetapi sekurang2nya mengambil tahu supaya dapat dijadikan pengajaran & panduan sebelum saya mendirikan rumahtangga. Sememangnya lelaki akan selalu memberi  alasan, “semua orang x sempurna..” tapi bagaimana dengan mereka sendiri??? Terlalu inginkan wanita yang sempurna, solehah & segala bagai.. tapi adakah mereka ni berusaha untuk jadi yang lebih sempurna? Dalam pengamatan saya sendiri, kebanyakan wanita sedar akan kekurangan diri lantas memperbaikinya supaya menjadi wanita yang lebih baik. LELAKI???? Hanya menyedarinya sahaja tapi tidak berusaha untuk jadi yang lebih baik. Mungkin ada, tapi sedikit..

Sedarlah wahai lelaki sekalian, kalianlah yang menjadi pemimpin bagi wanita, kalian jugalah menjadi ketua dalam segala kelompok manusia.. tidak malukah kalian bila dirinya disara oleh isteri, segala keperluan rumah dibeli oleh isteri, isteri menanggung hal ehwal rumahtangga, isteri yg mendidik anak2nya & sbgnya??? Tidak malukah kalian bila diri hanya mampu memberi zuriat sahaja tetapi tidak mampu mentadbir hal rumahtangga terutama sekali dalam hal kewangan??? Memang benar isteri perlu tahu kemampuan suami, tetapi kenapa isteri lebih mampu untuk cari nafkah lebih dpd suami??? Adakah kerana anggota badan & tenaga isteri sudah bertukar menjadi seperti suami??? Di sini sahaja sudah nampak lagi jelas siapa yang lebih menyedari akan tanggungjawabnya dalam mencari nafkah untuk memenuhi tuntutan hidup dalam berkeluarga di zaman yg penuh mencabar ni.

Persoalan2 ni sengaja saya utarakan supaya orang lelaki lebih menyedari akan peranannya sebagai suami dalam mencari nafkah terhadap isteri & keluarga. Ya  Allah, kuatnya cabaran zaman sekarang ni, bagaimana la sy nak memastikan bakal suami saya itu seorang yang bertanggungjawab, seorang yang tak mudah mengambil kesempatan atas isteri, seorang yang tidak menyerah sepenuhnya tanggungjawab terhadap isteri??? Ku mohon redha-Mu Ya Allah, kurniakanlah aku bukan sahaja seorang suami yang soleh, tetapi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga.

Di sini, saya hanya menyatakan kesimpulan, mencari calon suami itu bukan hanya mengutamakan agamanya bahkan dari segi akhlak & tanggungjawabnya. Kenapa sy katakan begitu?? Kerana saya dah jumpa keluarga yang suaminya soleh, selalu ke masjid/surau, mengikuti jemaah tetapi tidak mahu mencari nafkah untuk isteri & anak2nya, langsung tidak mahu bekerja. Hidupnya sekadar cukup2 makan. Sekaligus kesannya tidak mendatangkan kebahagiaan, isteri b’tungkus lumus mencari duit, selalu bergaduh. & sbgnya. Diriku juga bukan seorang yang sempurna yang inginkan lelaki yg sempurna, tetapi biarlah Allah kurnikan lelaki yang betul2 memahami akan diriku, yang tidak suka ambil kesempatan, & yang paling penting tahu & faham akan peranannya sebagai suami, bukan sahaja mampu mencari nafkah tetapi bersama2 isteri membentuk & mendidik anak2 supaya menjadi keluarga yang bahagia hingga ke syurga.

Saya juga bukanlah ingin m’bangga diri yang saya akan mampu jadi isteri yang terbaik, tp sy tahu akan perananku bila menjadi seorang isteri nanti & sy akan cuba m’amal serta m’hayati peranan sbg seorang isteri. Sabtu ini saya akan menghadiri program Seminar Baitul Muslim yang dianjurkan oleh OneHeartCreative Solution sebagai persediaan untuk diri saya sebelum mencari calon suami & sebelum mendirikan rumahtangga. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, ku mohon Engkau jadikanku sebaik2 hamba, sebaik2 wanita & kurniakan aku sebaik2 lelaki, sebaik suami buatku nanti.amiiiiiinnn...
  

Saturday, June 5, 2010

Oh adik2ku


Sepanjang cuti ni duduk rumah je,baru la rasa mencabarnya nk hidupkan keluarga dalam bi’ah solehah kalau xde yg memainkn peranan sebab dlm setiap ahli 2 sure2 lain2 prangainya…

Mcm keluargaku sndri,pening tengok perangai adik2 yg mcm2 ragamnya.huhu..
Ye la,sblm ni dari tingktn 1 dah duduk asrma & cuti pn sekejap je. Tp sekarang ni cuti 2 bln,hari2 menghadap muka diorg..yg sorg keras kepala,sorg lg nk kena bersuruh,sorang lg mls blaja mcm2 lagi la..ape2 pn, xblh gak merungut sebab tu la ciri2 keluarga yg bhgia..:-)




Ape2 pn yg kita hadapi,kena la sabar. Lgpn, diorg pn dlm proses nk membesar,lain la aku ni yg dah banyak makan garam & mampu utk bertindak ikut akal fikiran..

Jd inilah masanya utk aku laksanakn tanggungjawab sebagai kakak yg sulong utk bimbing adk2 ke arah yg lbih baik, lg2 bla aku sorg je yg sekolah agama, kena praktikkan ape yg dh blaja, cuba bntuk diri & adik2.Tu la namanya trbiyyah…tp bknnya senang nk buat dgn ape yg difikirkn.kena ade sifat sabar & xblh rasa putus asa.

Kadang2 kesian tgk umi hari2 mengadu pasal adk2 pd diriku,yg sorg mcm 2 la, yg sorg mcm ni la,,,
Bila umurku dh menjangkau 21 baru la aku sedar ,betapa susahnya nk jd seorg ibu,& betapa besarnya pngorbnan dia nk membesarkan anak2 dari kecik sampai la besar pjg ni.
Tp ak bersyukur , kerenah yg mcm2 pn, xde la sampai melibatkn masalah sosial, cuma cabaran utk bimbing & nasihat mereka ni spy jd ank yg soleh & solehah..

Ak pn cakap la pd umi, “umi,kuasa doa seorg ibu 2 sgt besar. Umi doa la slalu spy ank2 umi ni jd ank yg baik, insyaAllah makbul. Klu doa angah sbg kakak xla brape kuat sgt……” cam 2 la lbih kurang. Tp pranan ak sbg kakak tetap ada.
Ape yg diceritakan bukan la utk meluahkan perasaan tp inilh lumrah & lazimnya yg ade pd stiap kluarga.

Setiap family ade cabaran & dugaannya sendri,cuma bezanya macam mana kita nk menanganinya.
Bila kaitkn perkara ni dgn dakwah, nak bentuk masyarakat yang baik,sebenarnya dari family la kita kena mula.
Mungkin ada yg x perasan,masyarakat itu terbentuk dpd keluarga & keluarga terbentuk drpd individu.
So,dpd diri sendiri la kita kena berperanan utk mentarbiyyah diri skaligus cuba mentarbiyyah adk bradik & keluarga. Barulah kita dpt bentuk masyarakat yg baik.

Kesimpulannya, buat diriku yg berperanan sbg seorg kakak,sabar la dlm hdapi kerenah adk2mu tu. Yg pnting fkirkn camne nk bentuk & bimbing diorg, camne nk nsihat diorg dgn cara yg baik & bertindak dengan cara yg baik…bukan ikut emosi sndri..:-)
Buat adk2ku, cuba la blaja utk jd ank yg baik, ank yg disnangi umi abah, & ank yg mudah dengar kata.
Jgn pernah rasakan tindakan diri tu smuanya betul, & jgn prnah fikirkn yg org xfaham perasaan kamu. Kamu yg spatutnya fikirkn camne nk perbaiki diri spy x buat org tua mengeluh slalu tentang dirimu…..
Moga kita semua mampu membahagiakan kedua ibu bapa kita sehingga akhir hayat mereka….

Wallahu a'lam..