Monday, November 16, 2009

Persediaan final exam.....persediaan exam akhirat??

FINAL EXAM!!!!!!

1 event
yg memerlukan persediaan yg kukuh terutama sekali buat student2 yg akan mengambil peperiksaan yang besar. Mereka akan berusaha segigih yang mungkin supaya kecemerlangan yang mereka harapkan tercapai demi membahagiakan & memenuhi harapan kedua ibu bapa tercinta.
Sememangnya itulah yang perlu mereka laksanakan selagi mereka digelar sebagai "pelajar".
Setiap input yang kita pelajari akan kita ingati sekemas yang mungkin, membuat latihan setiap masa, mengulangkaji mengikut jadual yang telah disusun, berbincang dengan rakan & bersemuka dengan guru/pensyarah...

Segala usaha yang dilakukan itu hanyalah semata-mata untuk menghadapi peperiksaan akhir.
Cuma, keadaan ini akan menjadi berlainan jika seseorang pelajar itu tidak mempelajarinya hanya untuk peperiksaan, tetapi di samping untuk menambah pengetahuan sendiri, bekalan ilmu untuk masa hadapan...semua ini bergantung kepada individu tersebut.
Jadi, apabila hampir tibanya hari peperiksaan, perasaan gementar & takut semakin menjadi-jadi. Setiap masa mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang mereka pelajari sehinggakan terlupa untuk melaksanakan perkara yang fardhu(solat).



Saya menjadi semakin berfikir, alangkah baiknya jika kesungguhan yang mereka laksanakan untuk peperiksaan akhir diaplikasikan untuk peperiksaan di akhirat.....

YA!! PEPERIKSAAN DI AKHIRAT...
Dengan kata lain adalah keadaan di alam barzakh nanti dimana kita akan ditanya tentang amalan yang telah kita lakukan di dunia ini.
Betapa bahagianya jika seseorang itu menyedari hakikat hidup sebagai seorang hamba Allah yang hanya hidup sementara di dunia ini...mereka akan bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu akhirat, membuat latihan ibadah, berhadapan kpd Yang Esa dengan merendahkan diri kepadaNya. Semua usaha itu dilaksanakan seikhlas yang mungkin semata-mata mengharapkan keredhaan dari Allah supaya memberikan kejayaan di akhirat nanti....

Alangkah bagus jika kita semua mnyedari perlunya persediaan untuk peperiksaan akhirat nanti. Semua insan akan ditanya tentang amalan yang telah mereka kerjakan di dunia ini.

Sepertimana Rsulullah SAW bersabda:

Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari Qiyamat sehingga dia disoal tentang empat perkara: Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yg sudah dilakukan dgn ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yg telah dia lakukan?

HR Tirmidzi::

Semua persoalan ini berkaitan dengan segala perkara yang telah kita lakukan di dunia ini.

Dengan kesedaran ini, mereka akan sentiasa bersedia dengan segala persiapan dalaman terutama sekali bekalan-bekalan rohani supaya di sana nanti akan menjadi ‘back-up’ terhadap mana kesilapan yang kita lakukan.

Itulah yang sepatutnya kita aplikasikan dari sekarang di mana manusia yang sering sibuk dengan urusan duniawi tidak harus memandang enteng dengan hari pembalasan kerana kita tidak mengetahui bilakah tibanya ajal seseorang itu.

Inilah yang perlu disedari bahawa peperiksaan di dunia diketahui waktu dan tarikhnya, dan mereka (pelajar) boleh menetapkan waktu untuk membuat persediaan. Tetapi peperiksaan di akhirat? Adakah kita semua mengetahui waktu & tarikhnya? Sememangnya tidak & seharusnya sesuatu yang tidak akan diketahui itulah yang perlu dibuat persediaan seawal yang mungkin terutama sekali sewaktu kita masih bertenaga iaitu di zaman remaja.

Sebab itu ada hadis yang menyatakan 7 golongan yang akan masuk syurga, & semua yang dinyatakan itulah adalah golongan belia :

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat 7 golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tiada lagi pelindung selain Dia, iaitu :
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
  4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang lelaki yang apabila dirayu untuk melakukan zina oleh seorang wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: "Tidak, saya takut kepada Allah."
  6. Lelaki yang bersedekah dengan rahsia sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan oleh tangan kanan.
  7. Lelaki yang berzikir secara bersendirian, air matanya berlinangan kerana takutkan akan azab Allah.

Jadi, pengutamaan bagi membuat persiapan utk exam akhirat adalah di waktu belia remaja lg & bukanlah apabila tulang sudah mula mereput baru hendak melakukan persediaan. Sangatlah sedikit akaun pahala bagi mereka yg ingin memulakan di zaman tua nanti.

Tidak perlulah bertangguh untuk bertaubat @ beramal jika tidak mengetahui waktu kematian. Sedangkan kita sentiasa menyegerakan urusan duniawi, mengapa pula ingin menangguh urusan ukhrawi? Seimbangkanlah kedua-duanya berlandaskan keimanan.

InsyaAllah, dgn usaha yg penuh mujahadah & istiqamah, Allah tidak akan teragak-agak untuk memberi kejayaan bg final exam jika kita mengutamakn jua persediaan utk exam akhirat.....

bittaufiq wannajah buat sahabat2 seperjuangan.

wallahu a'lam....


Tuesday, November 3, 2009

Ku serah Cinta

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang duka

Akan kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta matlamat itu
Bersadur segunung kepalsuan
Dan kepuraan...

Kuserahkan cinta ini
Hanya padamu oh Tuhan

Aku adalah aku sekarang
Biar berduka tetap berjuang
Akan kuserahkan cinta ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang

Ku serahkan cinta ini...........