Saturday, June 8, 2013

Ubah masalah kepada peluang

"Jika kita mempunyai satu masalah hidup yang dirasakan amat besar.. ingatlah, diluar sana masih ramai yang mempunyai masalah hidup yang lebih besar dan mencabar dari kita.. Jangan fokus kepada masalah hidup..dan jangan tunggu masalah selesai dahulu , baru ingin melangkah untuk berubah.. teruslah melangkah walaupun berdikit-dikit, cuba menjadi manusia yang lebih dekat/rapat pada Allah. 

Jangan terlalu FOKUS kepada masalah tersebut, cuba keluar dari kepompong masalah dan ubah MASALAH menjadi PELUANG.. Sebab segala MASALAH datangnya dari ALLAH YANG MAHA ESA.. semestinya setiap MASALAH itu ALLAH tidak ciptakan ianya SIA-SIA.. Teruslah melangkah dengan minda terbuka dan positif.. UBAH segala perkataan MASALAH menjadi PELUANG.. sekurang-kurangnya.. ALLAH bagi PELUANG untuk aku jadi manusia yang lebih tabah dan kuat. ALLAHUAKBAR!!"


Ungkapan yang aku suka baca berkali2 & hadamkan dalam hati.. seringkali jiwa ni merasakan susah dengan apa yang dialami sedangkan x fikirkan ada yg lebih susah dpd ak... 


Luahan hati...

6 bulan bekerja menimba pengalaman sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat dialisis, berbekalkan zero pengalaman & pengetahuan yang dh lama terperap. Mula mengorak langkah utk timba pengalaman sedikit demi sedikit, belajar & belajar, daripada tidak tahu kepada tahu, cuba untuk bantu menyelesaikan masalah syarikat. Hari demi hari, minggu berganti bulan, kerja yang tidak pernah sudah seperti sudah sebati dlm hidupku. Makin lama beban makin terasa, memikul tanggungjawab seorang diri, meraih kekuatan & semangat seorang diri, kuatkan hati utk tidak mengeluh & merungut, hinggakan suatu hari berjujuran air mataku sekaligus meleraikan segala bebanan & kesusutan yang dipikul. Kadang2 apa yang selalu aku fikirkan hanyalah susah,susah, & susah. Susah betul untuk fikirkan hikmah & kesenangan di sebalik tu. Barangkali tiada pendorong utama yang mampu menguatkan semangatku, barangkali pergantungan & tindakan banyak yang tersasar, niatku yang seringkali tersalah, jangkauan yang selalu negatif, fikiran yang selalu tak terarah...mungkin itu semua punca permasalahan berlaku terus-menerus tanpa henti.

Kini, ku perlu ubah semua tu! Berbekalkan ilmu yang ada, motivasi yang dibaca, tazkirah yang didengar, doa yang dihafal, ku perlu laksanakan semua itu untuk bangkitkan semula jiwa ini..Aku tak boleh menyerah kalah.. Aku perlu buktikan kejayaan yang pernah kucapai sebelum ini. Aku perlu yakin dengan kekuasaan Allah..

Segaala yang berlaku ada hikmahnya. Bila imbau kembali, situasi inilah yang pernah kupinta sebelum ni, maka bila permintaan telah ditunaikan, ku harus bersyukur & ku harus menghadapinya. Ujian,cabaran,dugaan, semua harus ku harungi demi sebuah pengalaman dalam kehidupan & mengajarku apa erti hidup. Perlu ku ingat, keluhan yang ku luahkan takkan ke mana kalau ke terus & terus dengan keluhan itu tanpa cuba untuk terus mencuba. Allah dah kata yang dia takkan uji kalau org tu xmampu pikulnya. kenapa ku harus ragui lagi? ku mampu memikulnya, cuma kau perlu tambahkan kekuatan itu dengan semangat motivasi & inspirasi yg tinggi, fikiran yang benar2 positif, & keyakinan serta tawakal yang benar2 mantap! nah, pertama sekali fikirkanlah hikmah disebalik segala yang berlaku disekelilingmu:
1) aku seorang yang dipilih oleh Allah untuk lalui jalan yg sukar yg mungkin xpernah dialami oleh org lain, kerja bersusah payah seorg diri, berbanding rakan2 lain, dpt kawan yg ada pengalaman & bekerja dlm bidang yg sama dlm unit yg sama,bila xfaham boleh bantu antara satu sama lain. Hikmah untukku? Allah nak aku lebih berdikari & Allah tahu aku mampu untuk survive seorang diri dengan lebih berjaya, usaha majukan diri dengan lebih bermotivssi, maknanya, tak terlalu bergantung harap pd manusia @ rakan sekerja yg lain. Segala2nya aku harus selesaikan sendiri. ya, aku sangat bertuah diberi peluang seperti ini.

2) aku seorang yang dipilih antara ramai2 calon yg ditemuramah dengan berbekalkan pengalaman yang kosong, ku diberi kepercayaan & amanah yang sangat tinggi oleh majikan. Hikmah untukku? Allah hendak memberi peluang kepadaku untuk memberi pengalaman yang mencabar dengan keadaan kewangan syarikat yang kurang stabil. Ya, aku seharusnya bersyukur.


3) aku seorang yang dipilih untuk digajikan dengan bayaran yang bagiku agak tinggi untuk seorang 'fresh graduate' berbanding dengan rakan2 yg lain. Hikmah untukku? Allah hendak memberi rezeki yang sangat luas buatku setimpal dengan bidang tugas yang kuperolehi di samping aku dapat duduk bersama mak ayah berbanding kawan2 yang lain yang terpaksa mencari rezeki yang jauh & menetap di rumah sewa. Ya, ku harus berterima kasih pada Allah.


4) aku seorang yang dipandang tinggi oleh majikan & rakan sekerja yang lain memandangkan buat pertama kalinya majikan mengambil seorang pekerja lepasan ijazah sarjana muda di syarikatnya. Hikmah untukku? Allah ingin aku tunjukkan qudwah hasanah yg baik dalam kalangan pekerja yang lain, berdakwah supaya menjadikan mereka seorang yang lebih positif, bermotivasi & semangat bekerjasama serta jalankan amanah dengan sebaik mungkin. Ya, ku harus pegang amanah ini dengan baik, & buktikan bahawa aku mampu melakukannya.


5) aku memperoleh majikan2 yang sangat baik mesra kepada pekerja2nya. Hikmah untukku? aku dapat menambah ilmu yang sangat banyak secara tak langsung dpd mereka & dpt menjadikan mereka sbg inspirasiku untukku lebih maju ke hadapan. Ya, ku seharusnya beruntung kerana memperoleh bos seperti mereka ini berbandind rakan2 yang lain yang mungkin majikannya sangat tegas & tak akrab dengan pekerjanya. Moga Allah merahmati mereka.


Nah, banyak betulkan nikmat yang aku dapat yg mungkin aku tak perasan selama ni. ku mengharapkan post ni menjadi inspirasi buat semua & diriku juga jika aku dirundung permasalahan. 1 yang ku pohon, moga Allah sentiasa menguatkan semangatku & memberi dorongan yang tinggi untukku berjuang tanpa mengenal erti kalah. Akhir sekali, inilah ungkapan yang harus & mesti ku ungkapkan selalu tidak kira dalam senang mahupun susah iaitu................ ALHAMDULILLAH.............................. syukur padaMu (^_^)




(antara buku yang memberi inspirasi dalam hidupku, penguat semangat di kala susah & resah)