Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

Jadilah wanita yg fleksible

Sy tergerak utk tulis post ttg ni kerana rata2 wanita kurang faham akan peranan dia sebagai pelengkap bg kaum adam...

Tips ni bukan utk yg dh berkahwin shj,tetapi sesuai utk semua insan yg bergelar wanita.

Kunci kejayaan & kebahagiaan seorang wanita apabila dia dpt menguasai semua perkara spt di bawah :

1) Kekayaan ilmu
- tahap ilmu yg perlu setiap wanita miliki bukan sekadar ilmu memasak utk pikat hati suami ataupun org sekeliling. Tapi tahap ilmu yg dimiliki itu perlulah meluas,bergantung kpd kemampuan masing. Memperolehinya bukan utk dibangga2kan apatah lg utk dijadikan bahan debat. Tetapi dpt dijadikan sbg pendamping akal kebijaksanaan & pelengkap pengetahuan terhadap org sekeliling. Bila tak tahu, perlu ambil tahu. Jika tak minat, belajar utk mengetahui serba sedikit perkara asas. Jika hendak belajar ttp susah utk difahami,tunjukkan minat utk mempelajarinya. Jika sudah faham tetapi ssh utk dilaksanakan, latih diri dgn cara berhadapan dgn perkara2 yg berkaitan spy lebih mudah faham. Explore & terus explore. Fikir & terus berfikir. Cari segala ilmu dlm semua sudut, tetapi jgn terima dgn membuta tuli. Dapatkan dpd sumber yg tepat..Dengar/baca -> fahamkan -> aplikasi dlm kehidupan seharian.
Natijahnya?? Org sekeliling akan hormat dgn lontaran pandangan kita, org sekeliling tidak akn pndang rendah pd kita, diri tak akan rasa kekok bila hendak bergaul dgn masyarakat.
Pelajarilah!!! Pasakkan niat hanya utk Allah.

2) Keseimbangan emosi
- Emosi atau perasaan wanita adalah perkara yg paling sukar utk dikawal. Wanita yg fleksible adalah bila diri mampu utk mengawal setiap emosi yg dihadapinya apabila berdepan dgn pelbagai situasi. Selalunya wanita mudah hanyut dgn emosi sndiri sehinggakan mereka tidak mampu utk menyelesaikan masalah dgn sebaiknya. Penting utk kita mngenali jenis emosi yg biasa mndahului akal fikiran kita. Marah? Mengamuk? Menangis? Benci? Terlalu gembira? Cakap dgn penuh perasaan? Hindarilah semua tu dgn mendahulukan perasaan TENANG dlm diri. Belajar utk cool/sabar terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tndakan. Jangan bertindak melulu. Kelak penyesalan memakan diri. Apa2 perasaan yg hadir skalipun,sama ada positif atau negatif, sandarkan pd Dia yg Maha Esa. InsyaAllah, baru kita akan tahu, faham & sedar kedudukan kita sbg hamba yg lemah & kerdil kt bumi ni.

Setakat utk skrg, hanya idea ni je yg keluar. InsyaAllah kalau ada tambahan maklumat, akan dikongsi kemudian.

~Sekadar secebis coretan & pendapat~

Monday, June 7, 2010

Selamat Pengantin Baru

Dah 2 hari berlalu di mana kak senior u sy melangsungkan walimatulurusnya di Kelantan.
Buat Haziratul Husna & suaminya Ahmad Murshidi, selamat pengantin baru..
Adikmu sentiasakan mendoakan agar kalian bahagia hingga ke akhir hayat & seterusnya membawa ke syurga.Minta maaf sebab xdapat hadirkan diri ke majlis undangan akak,disebabkan jarak yg begitu jauh (walaupn dlm M'sia je,hehe..).



ape2 pn k.ira tetap bahagia dgn shbt2 yg lame dikenali & dapat dtg ke mjlis akk..
hmm,t'ingat 2 org kakak yg same organisasi dgnku, k.laila & k.beah yg begitu rapat dgn k.ira,tertunai jga hasrat mereka nak ke rumah k.ira.

Bila bergaul dengan mereka yg b'umur 24 thn & sememangnya sudah layak utk m'dirikan rumahtangga,memang lucu m'ingatkn bila setiap hari topik yg dibualkan mesti ada bab perkahwinan. Mmg itu la lumrah seorg manusia,lg2 bila shbt2 di sekeliling mreka dah pn m'dirikn rumahtngga.

T'ingat 1 hari bila m'ceritakan ttg topik ni, sentiasa t'pacul di mulut akk2 ni,

"kinah,akk nk khwin".buat ku gelak sntiasa..
sy pn jwb...

"la,akk.ade jodoh nnti khwin la..skrg ni dh ade calon ke blm?"

"xde lg"

"la,calon blm ade cmne nk khwin..emm,akk ade admire sape2 x?

"ntah la.."

"huhu..ape la akk.cmni,akk jgn risau.sy jamin, thn ni akk msti akn jmpa calon akk tu & akk akn khwin tahun depan" (huhu,blh plak jamin2kn mase dpan org)

"haha,pndai2 je la ko ni"

"hehe..ye la,akk2 ni.hari2 ngadu ngan sy,nak kahwin,nak khwin.Kalau nak khwin pn,akk dah b'sedia dari segi zahir & batin??Kalau batin,mungkin dah.huhu..dari segi zahirnya? dh pndai masak ke,mengurus rumah ke,persediaan nk hadapi masalah rumahtangga lg,anak2..ish,bknnya mudah"

"hmm,kalau masak tu,mase kahwin pn blh blaja,kakak akk pndai masak bila dh kahwin ape..."

"em, ye la.nape akk2 ni ek.excited sgt nak kahwin?sy xrase ape2 pn"

"ape la ko ni,umo ko baru brape??memang la xrase ape2.kitorang ni dh 24tahun.kawan2 b'deret2 dh kahwin,ade yg dah ade anak lg.sampai ade yg tanya aku,bila nak kahwin.mane xnya kitorang rasa mcm tu"

"o,mcm tu ea..hehe."

Stiap hari akn ade chapter yg dibincangkan dlm bab ni..:-)

teringat 1 ketika, k.laila tanya plak pdku,
"kinah,nape ko x rasa nak khwin ha? Macam xda prasaan je ko ni..."

aku diam sejenak...

"ntah kak, xade nafsu kot"

berdekah2 kakak2 ni ketawakan sy...

"dahsyatnya ko,sampai xda nafsu.."

.........................................................................

Itu la antara dialog yg pernah dibualkan. Apa yang nak dikatakan sini, perkahwinan itu adalah sunnatullah & perasaan cinta itu adalah fitrah. Mustahillah kalau ade manusia (terutamanya sy) xada nafsu/keinginan utk berkahwin melainkan Allah tarik nikmat itu.

“Dan Kami ciptakan segala sesuatu berpasangan-pasangan supaya kamu mendapatkan pengajaran”. (Ad Dzariyat 51 : 49)

Dan seharusnya kita gunakan nikmat itu dengan sebaik mungkin.
Bg sy,selagi tanggungjawab yg sepatutnya dipikul itu masih & belum dilaksanakan (belajar) ,selagi tu x perlu utk memikirkan hal2 @ tanggungjawab yang belum dipikulkan ke atas diri kita (kahwin).
Lain kalau perkara tu dah dimaktubkan yg kita akan memikul tanggungjawab b'kali ganda berbanding org lain spt yg dh dialami oleh k.ira..
Sebab Allah tahu kemampuan dalam diri seseorang tu,mane yg stakat kita mampu atau mana yg kita sepatutnya lebih mampu utk pikul.

Jd,tiada persoalan ada nafsu atau x.kalau umur sy menjangkau 21 tahun,dah tentu sy ingin utk berkahwin,tp sekarang mungkin belum masanya lg. Sebab tu sy tak memikirkan sgt tentang ni.Dlm hal ni sy hanya serahkan kpdNya, di samping berusaha berdoa utk m'dapatkan yg terbaik.
Jika tiba masanya nanti,jalanlah sy..:-)

Wallahu a'lam.....

Saturday, June 5, 2010

YANG BERNAMA WANITA…


Yang bernama wanita…
Diciptakan Allah indah dan suci
Dari rusuk kiri Adam yang bengkok
Damba diluruskan berhati-hati
Damba dilindungi dan dibimbingi

Yang bernama wanita…
Menghampar sakinah , menyejuk mata
Membias kasih , menghulur keikhlasan
“Bukanlah kecantikan dengan pakaian perhiasannya, namun kecantikan itu pada ilmu dan budi pekertinya”

Yang bernama wanita…
Tiga nafsu keduniaan yang disukai manusia selepas takhta dan harta
Punya harga diri yang perlu dipelihara
Besederhana dan pasrah dengan ujian
Justeru menguntumlah mawar suci idaman

Yang bernama wanita…
Nabi menangis keranamu tika isra’mikraj
Kerna ramainya wanita menjadi bahan bakar di neraka jahannam
Wana’uzubillah min zalik!

Yang bernama wanita…
Nabi berjuang untukmu
Mengangkat martabatmu ke takhta a’la
Lantas bersama-sama menyusur tarbiah rabbaniah

Yang bernama wanita…
Nabi tenang bersamamu
Kerna sucinya kasih yang kau hulurkan
Dirimu kekuatan cintanya , penyambung zuriatnya
Justeru sayap kiri perjuangannya
Dan dirimulah Ummul Mukminin Khadijah , cinta sejati Muhammad Rasulullah

Yang bernama wanita…
Nabi tersenyum keranamu
Dek cemburu hatimu yang mengharap sayang
Belai kelembutan membuah rindu
Miliki samudera ilmu nan melaut
Justeru menjadi rujukan para sahabah
Dan dirimulah A’isyah , Humaira Rasulullah nan manja

Yang bernama wanita…
Punya kelembutan yang bisa melemahkan kekuatan
Seperti Asiah yang meranapkan keangkuhan Firaun
Seperti Sumaiyah yang thabat dengan syahadah
Seperti saljunya cinta Masyitah
Bisa menyejukkan kawah api nan membahang

Yang bernama wanita…
Mendamba cinta agung nan hakiki
Berbicara dengan Ilahi di malam dingin sepi
Seperti Rabiatul Adawiyah , menghulur kasih di perdu rindu
Sujud dan rukuk di hamparan suci
Mengintai cahaya Maghfirah Tuhan

Yang bernama wanita…
Taqwa itulah benteng peribadi
Solehah itulah keindahan sejati
Kelembutan itulah hiasan pekerti
Malu itulah iman hakiki
Ilmu itulah pelita hati
Istiqomah itulah penguat diri
Ketenangan dan kesabaran itulah penyeri budi
Kasih dan sayang itulah didamba nurani….