Monday, November 19, 2012

Ku Serah Cinta Ini PadaMu Ya Allah


Ku serah segala ketentutan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu 

Aku tidak mahu berpaling 
Pada yang mengganggu & menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang duka

# Akan kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersadur segunung kepalsuan & kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin apa terjadi
Kerana..kerana tindakanku mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini hanya pada Mu oh Tuhan

ulang #

Aku adalah aku sekarang 
Biar terbuang tetap berjuang 
Akan kuserahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini.....


~Ya ALLAH,, hanya padamu ku berserah.leraikanlah segala yang membelenggu dalam diriku. Kuatkanlah hatiku dalam menghadapi dugaan2mu tak kira luaran mahupun dalaman. Engkau yang memelihara hati ini & Engkau jualah yang mengawal hati ini. Bimbinglah diriku arah yang Engkau redhai.. Sesungguhnya ku tidak punya daya untuk menanggung bebanan ini seorang diri. Maka Engkaulah tempatku mengadu. Jangan Engkau singkirkan diriku dari pandanganMu Ya Allah. Aku sangat mencintaiMu,,,aku sangat mencintaiMu,,aku sangat mencintaiMu Ya Allahhhh....... Janganlah Engkau bola-balikkan hatiku ini sehinggakan aku alpa untuk mengingatiMu. Ampunkanlah segala keterlanjuranku Ya Allah... Mogaku tak mengulangi kesalahanku ini. Moga aku menjadi seorang hamba yang sentiasa mendekatkan diri kepadaMu Ya Allah..

Ya Allah,mulai hari ini, aku pasrah & aku serahkan segalanya kepadaMu. Engkau yang menentukan segalanya, Engkau yang lebih mengetahui masa depanku. Jangan lagi biarkan aku membuang masa dalam memikirkan hal-hal yang remeh ini Ya Allah.. Sesungguhnya diriku sangat teruji dengan cabaran seperti ini. Aku tak ingin & tak mahu laluinya lagi Ya Allah. Justeru wahai Yang Maha Mengetahui, Engkau tunjukkanlah jalan penyelesaian yang mudah bagiku untuk lalui, jalan yang sememangnya ke arah yang Engkau redhai, jalan yang sememangnya memberi kebahagiaan dalam kehidupanku dan orang-orang sekelilingku yang aku sayangi. 

1 hal lagi yang aku pinta, jangan Engkau biarkan syaitan durjana bertakhta di hatiku yang lemah ini wahai Allah.. Jangan sesekali biarkan aku tergoda dengan hasutan-hasutan mereka. Tegaskanlah pendirian yang telahku bina selama ini, tetapkan juga hati ini dalam menangkis segala hasutan yang sememangnya palsu. Jangan Engkau biarkan aku melayan segala keindahan yang sememangnya penuh dengan kedustaan. Engkau sahajalah yang mengetahui kebenarannya. Berilah pencerahan bagiku, matangkanlah diriku, jadikanlah diriku seorang yang sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Itulah yang lebih baik bagi diriku dari memikirkan persoalan-persoalan yang tiada penghujungnya & tiada kepastiannya. Moga selepas ini aku menjadi hamba & khalifah yang lebih berkualiti. Kuatkanlah keazamanku Ya Allah.. Amin Ya Robbal 'Alamin..........
~Pengemis Kasih Ilahi~ (-_-)

Friday, October 5, 2012

ISTERI MENANGGUNG SUAMI ATAU SEBALIKNYA??? OH LELAKI........

Hari ini saya sempat menonton Semanis Kurma di TV9 yg bertajuk Bajet Keluarga. Di kesempatan itu, saya sempat meletakkan post ke FB utk berkongsi bersama kawan2 supaya dapat menonton rancangan tersebut. Tidak lama selepas itu, sepupu saya (perempuan) komen menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap lelaki zaman sekarang yang memang kebanyakannya hanya melepaskan batuk di tangga, menyerahkan seluruh tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada isteri. Memang benar!!!! Jika ingin diturutkan hati, mahu sahaja sy menjerit di seluruh pelusuk dunia "kenapa laki zaman sekarang tak bertanggungjawab????????????" Melalui usia2 yg hampir layak ke arah gerbang perkahwinan, saya menjadi takut untuk melalui semua itu...tetapi adakah sanggup kita membujang sampai ke tua? Adakah sanggup untuk tidak menyempurnakan agama Islam & mengikuti sunnahnya? Teringat akan hadis ni..Rasulullah bersabda: Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no:1916-B.

Lalu saya memujuk hati sendiri & sepupu saya supaya berdoa agar dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab & tahu akan peranannya sebagai seorang suami. Sedih juga bila mengenangkan apabila perkara sebegini bukan sahaja didengari oleh kata2 sekeliling, bahkan saya sendiri hidup di kalangan lelaki2 yang sebegini. Walaupun saya sendiri belum berkahwin, ini bukan bermakna tidak penting untuk diri saya tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling saya, tetapi sekurang2nya mengambil tahu supaya dapat dijadikan pengajaran & panduan sebelum saya mendirikan rumahtangga. Sememangnya lelaki akan selalu memberi  alasan, “semua orang x sempurna..” tapi bagaimana dengan mereka sendiri??? Terlalu inginkan wanita yang sempurna, solehah & segala bagai.. tapi adakah mereka ni berusaha untuk jadi yang lebih sempurna? Dalam pengamatan saya sendiri, kebanyakan wanita sedar akan kekurangan diri lantas memperbaikinya supaya menjadi wanita yang lebih baik. LELAKI???? Hanya menyedarinya sahaja tapi tidak berusaha untuk jadi yang lebih baik. Mungkin ada, tapi sedikit..

Sedarlah wahai lelaki sekalian, kalianlah yang menjadi pemimpin bagi wanita, kalian jugalah menjadi ketua dalam segala kelompok manusia.. tidak malukah kalian bila dirinya disara oleh isteri, segala keperluan rumah dibeli oleh isteri, isteri menanggung hal ehwal rumahtangga, isteri yg mendidik anak2nya & sbgnya??? Tidak malukah kalian bila diri hanya mampu memberi zuriat sahaja tetapi tidak mampu mentadbir hal rumahtangga terutama sekali dalam hal kewangan??? Memang benar isteri perlu tahu kemampuan suami, tetapi kenapa isteri lebih mampu untuk cari nafkah lebih dpd suami??? Adakah kerana anggota badan & tenaga isteri sudah bertukar menjadi seperti suami??? Di sini sahaja sudah nampak lagi jelas siapa yang lebih menyedari akan tanggungjawabnya dalam mencari nafkah untuk memenuhi tuntutan hidup dalam berkeluarga di zaman yg penuh mencabar ni.

Persoalan2 ni sengaja saya utarakan supaya orang lelaki lebih menyedari akan peranannya sebagai suami dalam mencari nafkah terhadap isteri & keluarga. Ya  Allah, kuatnya cabaran zaman sekarang ni, bagaimana la sy nak memastikan bakal suami saya itu seorang yang bertanggungjawab, seorang yang tak mudah mengambil kesempatan atas isteri, seorang yang tidak menyerah sepenuhnya tanggungjawab terhadap isteri??? Ku mohon redha-Mu Ya Allah, kurniakanlah aku bukan sahaja seorang suami yang soleh, tetapi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga.

Di sini, saya hanya menyatakan kesimpulan, mencari calon suami itu bukan hanya mengutamakan agamanya bahkan dari segi akhlak & tanggungjawabnya. Kenapa sy katakan begitu?? Kerana saya dah jumpa keluarga yang suaminya soleh, selalu ke masjid/surau, mengikuti jemaah tetapi tidak mahu mencari nafkah untuk isteri & anak2nya, langsung tidak mahu bekerja. Hidupnya sekadar cukup2 makan. Sekaligus kesannya tidak mendatangkan kebahagiaan, isteri b’tungkus lumus mencari duit, selalu bergaduh. & sbgnya. Diriku juga bukan seorang yang sempurna yang inginkan lelaki yg sempurna, tetapi biarlah Allah kurnikan lelaki yang betul2 memahami akan diriku, yang tidak suka ambil kesempatan, & yang paling penting tahu & faham akan peranannya sebagai suami, bukan sahaja mampu mencari nafkah tetapi bersama2 isteri membentuk & mendidik anak2 supaya menjadi keluarga yang bahagia hingga ke syurga.

Saya juga bukanlah ingin m’bangga diri yang saya akan mampu jadi isteri yang terbaik, tp sy tahu akan perananku bila menjadi seorang isteri nanti & sy akan cuba m’amal serta m’hayati peranan sbg seorang isteri. Sabtu ini saya akan menghadiri program Seminar Baitul Muslim yang dianjurkan oleh OneHeartCreative Solution sebagai persediaan untuk diri saya sebelum mencari calon suami & sebelum mendirikan rumahtangga. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, ku mohon Engkau jadikanku sebaik2 hamba, sebaik2 wanita & kurniakan aku sebaik2 lelaki, sebaik suami buatku nanti.amiiiiiinnn...
  

Thursday, September 13, 2012

JANGAN YANG HARUS DIHINDARI,,

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum tapi tersenyumlah,maka kamu kian bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah tapi bersedekahlah,maka kamu semakin kaya.


3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak tapi bergeraklah maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan diperdulikan…

5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia tapi pahamilah orang itu maka orang itu paham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu proyek baru bekerja, tapi bekerjalah maka proyek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai tapi belajarlah mencintai maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak uang baru hidup tenang tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,.bukan sekadar uang yang datang tapi juga rejeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti tapi bergeraklah maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur tapi bersyukurlah maka bertambah kesuksesanmu.

12. Jangan menunggu bisa baru melakukan,tapi lakukanlah! Kamu pasti bisa!

” Apa yang kamu tanam itulah yg akan kamu tuai “

Dan memang dalam kehidupan ini menuntut berbagai pengorbanan yang kadang kala memaksa kita untuk menangis dalam tangisan, tetapi akhirnya tersenyum kepuasan karena hanya hati yang benar-benar ikhlas berkorban akan merasakan kemanisan sebuah pengorbanan.





~peringatan untuk diri sendiri juga~

Thursday, July 5, 2012

Assalamualaikum...

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
dah lama betol x update blog ni. takpe, sekarang kemudahan pn dah ade, insyaAllah akan ku coret sekerap mungkin nukilan yang berguna dalam blog ni. Harini sebenarnya ada topik yang ingin dikongsikan,tapi disebabkan malam sudahpun larut & esok perlu bekerja, kerja ini perlu kutangguhkan ke hari lain. apa2 pun, perkongsian ilmiah copy & paste tetapkan ku ingin berikan..

*suka untuk share dari blog Ust. Pahrol....

sebelum tu, kebetulan malam ni nisfu syaaban, jom kita sama2 memanfaatkan hari yang hanya hadir sekali dlm setahun ni..moga Allah melimpahkan rahmat yang tidak terhingga sepanjang kita menelusuri liku2 hidup di dunia ini..ameennnn...



Description: tasawuf-21
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
  • Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
  • Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.
  • Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
  • Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

Tuesday, May 22, 2012

25 Steps To Be Closer To Allah


Allahu Akhbar to all here at Al-Hikmah. 

For the past one week, we are quite busy making nusrah (khidmat) to one jemaah from Sydney, Australia who are here for 40 days on khuruj. Few brothers are as young as 18 years old and the oldest among them is 30 years old. Basically they are a very young jamaat. All together there are 14 Da'i in the jamaat. Allow me to write in English today.

I hope everyone is well and in a good state of Iman, insyaAllah.

Someone shared this great message, I wanted to share it with all the members of this group.

------------

25 Steps To Be Closer To Allah

1. Start off each day with ‘adhkaar al-istiyqaadh’ (waking up Supplications), thanking Allah for waking up in good shape.

2. Put Allah first in your life.

3. Broaden your horizons - learn 5 new verses from the Quran every day, travel to pray far in the mosque to brighten your day,take up a booklet having supplications and read them.

4. Pray Salat Al-Dhuhaa (after sunrise).

5. If someone says something mean to you, just shrug it off and dismiss it in a friendly, laidback manner, and pray that Allah shall forgive them.

6. When you get angry, remember Allah, and how short and worthless life is to waste in being Angry.

7. Remember that you can never have too many friends, but you can have few quality friends that help you fulfill the purpose of your creation (i.e. live for Allah).

8. When you’re happy, try to share your happiness with others. Thank Allah for that, and pray its continuation.

9. When something bad or embarrassing happens to you, just think that it could always be worse, remember the reward of patience, and thank Allah that it’s not worse than it is.

10. Do something extra of goodness once in a while, like feeding a poor person, or caressing an orphan’s head.

11. Never stop believing that you can win Allah’s love and thus work For it. Then you can win the love of Allah’s slaves.

12. Spend some time thinking of Allah’s amazing creation.

13. Always love those who love Allah unconditionally. This way you will ensure that you live for Him, love for Him, and hate for Him (those who are enemies of Him).

14. Find the righteous ways to express yourself, and if you think that what you are about to say shall cause no benefit, maintain silence (this is tough!!).

15. Every now and then, give yourself a break. Play sports, give time to your family, friends, but always remember Allah and watch that He is watching you.

16. Pray for blessing to come to those being lost, and pray to Allah to guide them to the right path.

17. Hug your parents, kiss their hands and heads and always obey but stop at Allah’s orders.

18. Smile to everyone, for your smile makes a big difference to him or her and you are rewarded.

19. Forgive, forget and smile.

20. Tears are not for women only… tears are for all human beings with feelings remaining in them. Don’t restrain your tears when remembering Allah.

21. When people criticize your actions and effort, revise your actions and see if they please Allah or no. If they do; then ignore and remember how the Prophet (SAW) and the Sahaba were criticized, made fun of and even physically harmed, so have patience.

22. Read the Quran daily and try to have a schedule for completing it as much as you could. As you open the Quran daily, read with observing not just passing your eyes through the words.

23. Don’t let popularity go to your head, for it never lasts and you may lose from it more than gain.

24. Never look down on anybody, for, to Allah, they may be better than you.

25. Send this to all family and friends with the intention of having a healthy society living for Allah and pray.

“This is by Grace of my Lord - to test me whether I am grateful or ungrateful! And whoever is grateful, truly, his gratitude is for himself; and whoever is ungrateful, (it is for the loss of only himself). Certainly my Lord is Rich, Bountiful.” (27:40)

THE Prophet (peace be upon him) said: "Convey from me even if one ayah (verse) for it may be that the one being informed will comprehend better that the one listening (at present)." (Al-Bukhari)