Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
dah lama betol x update blog ni. takpe, sekarang kemudahan pn dah ade, insyaAllah akan ku coret sekerap mungkin nukilan yang berguna dalam blog ni. Harini sebenarnya ada topik yang ingin dikongsikan,tapi disebabkan malam sudahpun larut & esok perlu bekerja, kerja ini perlu kutangguhkan ke hari lain. apa2 pun, perkongsian ilmiah copy & paste tetapkan ku ingin berikan..
*suka untuk share dari blog Ust. Pahrol....
sebelum tu, kebetulan malam ni nisfu syaaban, jom kita sama2 memanfaatkan hari yang hanya hadir sekali dlm setahun ni..moga Allah melimpahkan rahmat yang tidak terhingga sepanjang kita menelusuri liku2 hidup di dunia ini..ameennnn...
Ketenangan
itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi
kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang
berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya
pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar
beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah
lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.
Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada
zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang
kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya,
suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan
sebagainya.
- Dimensi
kata, rasa dan tindakan
Jika
seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja
mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan
memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini
berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan
kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar
melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang
bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api!
Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan
sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi,
apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati.
Ini zikir qalbi namanya.
Tidak
cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga.
Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar
menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan
Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib,
harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina,
mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi.
Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir
fikli!
Sekiranya
ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat
mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
- Rasa
kehambaan.
- Rasa
bertuhan.
- Memahami
maksud takdir.
- Mendapat
hikmah di sebalik ujian.
Hati
adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik
dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita
kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak
kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga
kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran,
fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga
hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang
bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
- Rasa
kehambaan.
Rasa
kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap
Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan
lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya,
seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.
Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51
Seorang
hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang
hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku
yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan
Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji
akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan
bertambah kacau.
Imam
Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah
“memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam
hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya,
dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir
rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan
lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak
basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang
sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila
ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa
inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa
kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan
kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik
Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji
kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
- Rasa
bertuhan.
Rasa
kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh
rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat.
Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila
miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan,
pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna
itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa
kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan
rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia
ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana
berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.
Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan
Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan
innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa
bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid,
para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang
menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada
istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata
mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.
Dalam apa
jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun
rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman
Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati
tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

maksud takdir Allah.
Mana
mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT.
Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada
Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang
terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak
mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran
kita.
Kemudi
dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik
(terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah –
yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua
takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun
kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas,
namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas
hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak
salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk
berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan,
bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa
tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah
berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan…
mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita
ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah
maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau
kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau
kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi
ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat
daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin
untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi,
kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah
kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah
hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi
tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan
arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal
pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak
pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not
how low you fall but how high you bounce back!”
- Mendapat
hikmah bila diuji.
Hikmah
adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan
sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh
“mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa
ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi
besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!