Hari ini saya sempat menonton Semanis
Kurma di TV9 yg bertajuk Bajet Keluarga. Di kesempatan itu, saya sempat
meletakkan post ke FB utk berkongsi bersama kawan2 supaya dapat menonton
rancangan tersebut. Tidak lama selepas itu, sepupu saya (perempuan) komen
menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap lelaki zaman sekarang yang memang
kebanyakannya hanya melepaskan batuk di tangga, menyerahkan seluruh
tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada isteri. Memang benar!!!! Jika ingin
diturutkan hati, mahu sahaja sy menjerit di seluruh pelusuk dunia "kenapa
laki zaman sekarang tak bertanggungjawab????????????" Melalui usia2 yg
hampir layak ke arah gerbang perkahwinan, saya menjadi takut untuk melalui
semua itu...tetapi adakah sanggup kita membujang sampai ke tua? Adakah sanggup
untuk tidak menyempurnakan agama Islam & mengikuti sunnahnya? Teringat akan
hadis ni..Rasulullah bersabda: Apabila seorang
hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka
hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini
diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh
al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no:1916-B.
Lalu saya memujuk hati sendiri &
sepupu saya supaya berdoa agar dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab
& tahu akan peranannya sebagai seorang suami. Sedih juga bila mengenangkan
apabila perkara sebegini bukan sahaja didengari oleh kata2 sekeliling, bahkan
saya sendiri hidup di kalangan lelaki2 yang sebegini. Walaupun saya sendiri
belum berkahwin, ini bukan bermakna tidak penting untuk diri saya tidak
mengetahui apa yang berlaku di sekeliling saya, tetapi sekurang2nya mengambil
tahu supaya dapat dijadikan pengajaran & panduan sebelum saya mendirikan
rumahtangga. Sememangnya lelaki akan selalu memberi alasan, “semua orang x sempurna..” tapi
bagaimana dengan mereka sendiri??? Terlalu inginkan wanita yang sempurna,
solehah & segala bagai.. tapi adakah mereka ni berusaha untuk jadi yang
lebih sempurna? Dalam pengamatan saya sendiri, kebanyakan wanita sedar akan
kekurangan diri lantas memperbaikinya supaya menjadi wanita yang lebih baik. LELAKI????
Hanya menyedarinya sahaja tapi tidak berusaha untuk jadi yang lebih baik.
Mungkin ada, tapi sedikit..
Sedarlah wahai lelaki sekalian, kalianlah
yang menjadi pemimpin bagi wanita, kalian jugalah menjadi ketua dalam segala
kelompok manusia.. tidak malukah kalian bila dirinya disara oleh isteri, segala
keperluan rumah dibeli oleh isteri, isteri menanggung hal ehwal rumahtangga,
isteri yg mendidik anak2nya & sbgnya??? Tidak malukah kalian bila diri
hanya mampu memberi zuriat sahaja tetapi tidak mampu mentadbir hal rumahtangga
terutama sekali dalam hal kewangan??? Memang benar isteri perlu tahu kemampuan
suami, tetapi kenapa isteri lebih mampu untuk cari nafkah lebih dpd suami??? Adakah
kerana anggota badan & tenaga isteri sudah bertukar menjadi seperti suami???
Di sini sahaja sudah nampak lagi jelas siapa yang lebih menyedari akan
tanggungjawabnya dalam mencari nafkah untuk memenuhi tuntutan hidup dalam
berkeluarga di zaman yg penuh mencabar ni.
Persoalan2 ni sengaja saya utarakan
supaya orang lelaki lebih menyedari akan peranannya sebagai suami dalam mencari
nafkah terhadap isteri & keluarga. Ya
Allah, kuatnya cabaran zaman sekarang ni, bagaimana la sy nak memastikan
bakal suami saya itu seorang yang bertanggungjawab, seorang yang tak mudah
mengambil kesempatan atas isteri, seorang yang tidak menyerah sepenuhnya
tanggungjawab terhadap isteri??? Ku mohon redha-Mu Ya Allah, kurniakanlah aku
bukan sahaja seorang suami yang soleh, tetapi lebih bertanggungjawab dalam
menguruskan rumahtangga.
Di sini, saya hanya menyatakan kesimpulan,
mencari calon suami itu bukan hanya mengutamakan agamanya bahkan dari segi
akhlak & tanggungjawabnya. Kenapa sy katakan begitu?? Kerana saya dah jumpa
keluarga yang suaminya soleh, selalu ke masjid/surau, mengikuti jemaah tetapi
tidak mahu mencari nafkah untuk isteri & anak2nya, langsung tidak mahu
bekerja. Hidupnya sekadar cukup2 makan. Sekaligus kesannya tidak mendatangkan
kebahagiaan, isteri b’tungkus lumus mencari duit, selalu bergaduh. &
sbgnya. Diriku juga bukan seorang yang sempurna yang inginkan lelaki yg
sempurna, tetapi biarlah Allah kurnikan lelaki yang betul2 memahami akan
diriku, yang tidak suka ambil kesempatan, & yang paling penting tahu &
faham akan peranannya sebagai suami, bukan sahaja mampu mencari nafkah tetapi
bersama2 isteri membentuk & mendidik anak2 supaya menjadi keluarga yang
bahagia hingga ke syurga.
Saya juga bukanlah ingin m’bangga diri
yang saya akan mampu jadi isteri yang terbaik, tp sy tahu akan perananku bila menjadi
seorang isteri nanti & sy akan cuba m’amal serta m’hayati peranan sbg
seorang isteri. Sabtu ini saya akan menghadiri program Seminar Baitul Muslim
yang dianjurkan oleh OneHeartCreative Solution sebagai persediaan untuk diri
saya sebelum mencari calon suami & sebelum mendirikan rumahtangga. Ya
Allah, Ya Rahman Ya Rahim, ku mohon Engkau jadikanku sebaik2 hamba, sebaik2
wanita & kurniakan aku sebaik2 lelaki, sebaik suami buatku
nanti.amiiiiiinnn...