Saturday, January 28, 2017

Uncang teh --> eyebag (lingkaran bawah mata)

Harini saja nak share tentang tabiatku di rumah..bila pantang nampak uncang teh yg dah digunakan selepas org buat minum..

Totally byk manfaatnya serbuk teh ni untuk natural remedy terutama sekali kalau sesiapa yg ada masalah eyebag mcm aku ni..

So, jgn sia-siakan.. xmembazir & xperlu buang duit.. ;-)

1)Ambil 2 uncang teh yg dah digunakan
2) Basuh (jgn basuh dgn sabun,alirkan air je)
3) Sejukkan dalam peti ais utk beberapa minit
4) Malam or bila waktu2 free, lekapkan kt 2biji mata yg macam panda tu selama 15minit..better 30minit.

**Syarat utama : kena konsisten,kalau skali dua lambat hasilnya.

Jgn jadi mcm den yg kdg2 terlupa n terbiar juga uncang teh tu dlm peti.last2 mengering dia kt dlm,dah hilang zat.huhuhu..

P/s: boleh google manfaat serbuk teh ye..

selamat mencuba..

:-)


Friday, January 27, 2017

Kekuatan

Harini tak mahu meluahkan segala..
Kerana rasa hati spt ni memang dah selalu & biasa..
Cuma kadang2 jiwa sendiri yg masih mahu berada di takuk yg lama..
Sengaja tak mahu merubah apa2..

Entah kenapa..

Lumrah..selagi bernama manusia..
Rasa sedih,kecewa,derita,terluka,memang akan hadir bila2 masa..
Lebih2 lg perasaan tu dihayati dgn penuh makna..

Tp hari ni..ku cuba dptkan suatu latihan..
Spy kekuatan tu dtg secara berterusan..
Walaupun sekali sekala rasa tu menerjah ke ruang fikiran..

Alhamdulillah..aku berjaya dgn izin Dia..
Aku dpt biarkan kehadiran rasa2 yg mengecewakan tu hanya dlm tempoh yg sementara..

Ya! KEKUATAN itu hadir..

Dengan cara -
~bila dtg rasa sedih,layan sekejap rasa sedih tu
~lap air mata,selawat & istighfar
~fikir & cari hikmah mengapa perkara tu boleh terjadi / kesedihan tu hadir ke dalam diri
~jgn terlalu menyalahkan pihak lain. Insafi kesalahan diri
~katakan pd diri "semua yg berlaku adalah dengan izin Dia..& rasa yg hadir tu adalah dr Dia juga,& dpd Dia jugalah aku harus dptkn kekuatan"
~ lapangkan dada utk terima segala takdir & terus berdoa supaya dberi kekuatan or ganjaran yg baru..doa lagi apa yg mahu..mudah2an dimakbulkan.

Alhamdulillah...

Hilang segala duka..hadir kembali sinar bahagia..

InsyaAllah,yakinlah Dia yg lebih memahami..
Mudah2an ada hikmah menanti..

Coretan di malam hari;
<Jumaat|27012017|11.37pm>

Monday, March 28, 2016

Learn 4 today:- Rancang apa yg di depan mata

~28032016~Isnin~

Cik siti dpt 1 perkongsian baru dpd org dewasa. Pembantu am di tmpat kerja sy, k.mas gelarannya. Sambil buat kerja rajin berkongsi itu & ini utk anak2 muda spt cik siti (walaupun xbrapa muda). Katanya, bila berkehendakkan sesuatu, rancang sebaiknya & perancangan tu biarlah selari dgn kemampuan kita. Paling penting, apa yg dirancang tu cukuplah sekadar dlm pengetahuan kita & org2 yg berkaitan. Xperlu digembar gembur & diwar2kan pd org lain. Kelak makan diri. Pengalaman k.mas,bila dia lihat org yg semangat berckp hendak buat itu & ini, org tu jugalah yg x maju ke mana2. Sebaliknya, org yg dia nmpak biasa2 shj, xwar2kan sgla prncangan hidup dia,org tu la lbih maju ke depan, kehidupan lebih teratur, & lebih bersikap merendah diri dgn org lain.

Itulah realiti hidup. Dlm setiap masa,mmg kita dgalakkan utk sentiasa bersikap sederhana,tidak memandai2 & memperkatakan apa yg belum ada di hadapannya lg. Kerana kita x tahu apa yg akn terjadi pd esok hari, apatah lg pd minggu depan atau bln depan. Jd, perancangan tu perlulah berasas & menepati dgn kemampuan diri sendiri. Katanya lg, kalau org bertanya ttg perancangan kita, jwblah sekadarnya. Kalau kita pulak nak tahu sesuatu mklumat ttg apa yg kita rancangkn, eloklah sekadar bertanya kpd org2 yg lebih brpengetahuan & yg dipercayai.

Ok,ini shj perkongsian dpd cik siti. Moga cik siti belajar, serap & ingat serta lksanakan apa yg cik siti dpt harini.

Wallahua'alam.

*sekadar perkongsian*

Hiduplah dgn apa yg telah ditakdirkanNya

Kata Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin, setiap insan yg dilahirkan ada takdir dia sendiri. Takdir hidup dia telah ditentukan semenjak dlm kandungan lagi. Rezeki dia,jodoh dia,perjalanan hidup dia yg bagaimana, ajal maut dia semuanya dh ditentukan. Jd, 1 perkara yg kita harus pegang, bila kehidupan kita ni telah telah takdirkan bagaimana perjalanannya, kita kena sedar & yakin setiap apa yg berlaku, yg kita peroleh, tentu ada sebab & musabab dia. Dan seseorang atau sesuatu yg terlibat dlm kehidupan kita itu hanya sbg perantaraan. Jd,baik atau buruk sesuatu takdir itu brgantung kpd keyakinan kita kpd Allah & usaha kita utk melaksanakannya dgn cara yg terbaik.

Persoalannya, boleh atau tidak utk kita melihat perjalanan org lain? Boleh, cukup dgn niat utk mempelajari & meneladani segala kebaikan & kebolehan yg mereka ada. Jgn sesekali membandingkan kehidupan mereka dgn kehidupan kita. Takdir kita adalah hidup kita. Takdir mereka itulah kehidupan mereka. Kelebihan,kekurangan,ujian,dugaan,kesakitan,kecacatan,kemiskinan,kekayaan & seangkatan dengannya dh ditetapkan. Kata org, bahagian masing2..


Kunci utama untuk sentiasa merasa positif, ceria, segar dan paling penting redha dgn takdir yg Dia tentukan adalah dengan sentiasa wujudkan rasa bersyukur. Ucaplah Alhamdulillah sekerap yang mungkin. 

1 link youtube yg ingin dikongsikan bersama, yg disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Mudah utk difahami & diadaptasikan. InsyaAllah..