Salam Pertemuan buat sahabat yang sentiasa mengikuti blog ini....
maaf kerana telah lama tidak di 'update' & tak mengepos pos2 yg terbaru akibat kekangan masa yang sentiasa terbatas....
buat pertama kalinya saya menghantar pos ini untuk tahun 2010.Ya,selamat datang diucapkan kepadaku kerana baru mengaktifkan blog ini...:-)
InsyaAllah,untuk yg seterusnya,saya akan cuba meng'update' sekerap yang mungkin buat manfaat sahabat2 semua,mudah-mudahan kita sama-sama memperoleh keberkatan & keredhaan olehNya,amiiiin....
Diharap juga sokongan dan bantuan dari sahabat sama ada saya kenali mahupun tidak,moga kita sama2 kuat dalam menegakkan agama yang disayangi....
Untuk kali ini,tidak ada apa yang ingin saya kongsikan,cuma untuk meminta pandangan dpd sesiapa yang mahu berkongsi. Memandangkan selepas ini,saya akan memegang amanah,bukan shj sebagai pelajar,anak,&hamba Allah tetapi amanah yang mungkin tidak semua orang berpeluang untuk memikulnya.Dengan ini, saya harus bersyukur & melaksanakannya sebaik mungkin dalam melaksanakan tanggungjawab yg diberi.
Kadang-kadang mudah bagi kita untuk menguruskan segalanya,tapi hakikatnya itulah cabaran yang Allah berikan kpd kita,bagaimana kita bertindak,kerana apa & untuk siapa.Jadinya,yang utama bagi kita untuk melaksanakan amanah itu adalah niat.Berniat ikhlas kerana Allah,untuk agama Islam,& untuk memberi manfaat kepada orang lain.Dan amat penting sekali untuk tidak mengharapkan balasan dari manusia tetapi hanya dengan mengharap keredhaan dariNya...
Moga diberi kekuatan untuk setiap saat yang dihadapi...& apa yang dipinta,mohon panduan daripada sahabat2 bagaimana kita hendak mengurus masa dengan sebaiknya agar setiap yang kita lakukan tidak berlalu dengan sia-sia.Bukanlah diri ini tidak pandai mengurus,tetapi sentiasa merasakan yang diri ini tidak memanfaatkan setiap saat yang dianugrerahkan oleh Allah swt.
Daku mengharapkan moga segala tindak-tanduk kita bernilai & bermanfaat dalam apa yang kita lakukan.....
wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment