Assalamualaikum...
Harini ikutkan banyak topik yg ingin diutarakan. Tp tak mengapa,masih banyak masa lg. Sekarang sy highlightkn post kalini berkenaan dengan sikap.Nak tahu isinya? Jom teruskan membaca..
Situasi A : terlalu banyak kesalahan org lain yg dijumpainya seumpama mencari jerawat di celah hidung org.selagi xjumpa, selagi tu dicarinya. Lebih byk kesalahan yg dijumpai,lg enak dia berbicara tentang kesalahan seseorg itu.
Situasi B : apabila sesuatu kesalahan itu berkait dengan dirinya juga,dgn automatik dia menidakkan kesalahan dirinya malah mencari2 lg alasan utk memenangkan kesalahannya dan terus2an menuding kesalahan itu kpd org lain.
Situasi C : apabila sesuatu kesalahan itu benar salah pd dirinya seorg sahaja, dia diam seribu bahasa dengan masam mencuka tanpa mengakui kesalahan tersebut. Dengan erti kata ringkas, dia EGO dlm mengakui kesalahan & perbetulkan kesalahan.
Situasi D : apabila sesuatu perkara yg dilakukannya betul & berjaya, perkara itulah yg diangkat2nya sendiri sehingga mahukan org sekeliling tepuk tgn & memujinya berkali2. Tetapi belum benar2 terbukti kualiti kejayaannya itu,tetapi sudah mahu berpuas hati hanya di peringkat itu.
Demikianlah antara situasi2 yg telah sy jumpai & barangkali sy sendiri pernah laluinya 1 masa dahulu...benar,hakikatnya kita hanya manusia biasa yg xlepas dr kesilapan. Tetapi jgn sesekali biarkan kesilapan itu berlaku berulang kali. Belajarlah dpd pengalaman,terimalah segala teguran.
Bila kita sedar akan kelemahan & kekhilafan diri, insyaAllah Allah akan mudahkan langkah utk kita baiki diri.
Pesanan : JANGAN sesekali biarkan situasi2 begini berlaku dalam diri kita berulang kali. Semalam adalah sejarah yg harus kita kenang & xmungkin utk kita ulang. Jika mahu jd yg terbaik utk insan sekeliling, perbetulkan diri terlebih dahulu. InsyaAllah, niat kita utk bantu baiki org lain terlaksana jua.
Moga bermanfaat.. :-)
No comments:
Post a Comment