Tuesday, September 22, 2015

Tawakal dengan Istikharah

Assalamualaikum.

Saat Dia mengujimu dengan pelbagai pilihan, kau gusar untuk menetapkan keputusan. Namun berbekalkan ilmu di dada, selidiki dan telitilah setiap pilihan yang ada dihadapanmu.

Dan disaat itu jugalah penting bagimu untuk meletakkan segala sandaran hanya kepada Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Lalu beristikhirahlah dirimu atas pilihan-pilihan yang kau gusarkan itu.

Setelah beristikhirah & hatimu senang untuk membuat keputusan, pilihlah dengan penuh pasrah. Dengan harapan moga setiap pilihan itu adalah pilihan daripada Allah SWT jua.

Barangkali itulah usaha terakhir buat dirimu. Jangan! Usah terlalu selesa. Dalam meneruskan kehidupan dengan pilihan istikharahmu itu, teruskan lagi untuk beristikharah dan berhajat padaNya supaya dengan cara ini kau benar-benar bergantung dan berharap denganNya semata-mata. Bukan selain dariNya.

Pada akhirnya, apa yang telah kau pilih dalam hidup ini itulah pilihan yang Dia ingin tentukan untuk dirimu. Dia yang mengetahui segala-galanya. Teruskan perjalanan hidupmu dengan penuh pasrah dan tawakal padaNya. Tiada daya & upaya kita untuk menentukan segalanya melainkan dengan izinNya.
Apapun takdir yang berlaku itulah kehendak dari Yang Maha Esa. Syukur & sabar kunci utama.
Sekali lagi, bertawakallah dengan istikharahmu!!!

Saturday, September 12, 2015

Bermonologlah sendiri

Kehidupan yg dilalui.
Ada suka ada duka.
Ada tangis ada ketawa.
Ada sedih ada gembira.

Hari-hari yg dilalui.
Kadang2 tidak semuanya benar.
Kadang2 tidak semuanya salah.
Kadang2 tidak semuanya telus.
Kadang2 tidak semuanya lurus.

Saat-saat yg dilalui.
Ada masa kita tersalah tafsir.
Ada masa kita tersalah dlm tindakan.
Ada masa kita tersalah dlm membuat keputusan.
Ada masa kita tersalah dlm menunjukkan kebenaran.

Itulah manusia.
Yg membezakan manusia dengan haiwan,
Adalah dgn kurniaan akal fikiran yg waras.
Seiring dgn emosi yg terbatas.
Apabila setiap pilihan & tadbir yg kita lakukan,
Akan tetap hadirnya takdir yg Dia ditentukan.

Sebab itu setiap yg berlaku,
Yg di luar kemampuan & keupayaan kita,
Tidak seharusnya kita mempertikaikan.
Usaha, doa & berserah kunci utama dlm meneruskan kehidupan.

Hadapi, rasai, teladani, dan pelajari setiap yg dilalui.
Ada perkara yg akan dapat kita kongsi,
& ada perkara yg kita hanya mampu bermonolog sendiri.
Oleh itu, belajar & terus belajarlah dlm kehidupan ini.
Redhalah & pasrahlah dgn takdir Ilahi.

~senyum selalu~