Assalamualaikum.
Saat Dia mengujimu dengan pelbagai pilihan, kau gusar untuk menetapkan keputusan. Namun berbekalkan ilmu di dada, selidiki dan telitilah setiap pilihan yang ada dihadapanmu.
Dan disaat itu jugalah penting bagimu untuk meletakkan segala sandaran hanya kepada Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Lalu beristikhirahlah dirimu atas pilihan-pilihan yang kau gusarkan itu.
Setelah beristikhirah & hatimu senang untuk membuat keputusan, pilihlah dengan penuh pasrah. Dengan harapan moga setiap pilihan itu adalah pilihan daripada Allah SWT jua.
Barangkali itulah usaha terakhir buat dirimu. Jangan! Usah terlalu selesa. Dalam meneruskan kehidupan dengan pilihan istikharahmu itu, teruskan lagi untuk beristikharah dan berhajat padaNya supaya dengan cara ini kau benar-benar bergantung dan berharap denganNya semata-mata. Bukan selain dariNya.
Pada akhirnya, apa yang telah kau pilih dalam hidup ini itulah pilihan yang Dia ingin tentukan untuk dirimu. Dia yang mengetahui segala-galanya. Teruskan perjalanan hidupmu dengan penuh pasrah dan tawakal padaNya. Tiada daya & upaya kita untuk menentukan segalanya melainkan dengan izinNya.
Apapun takdir yang berlaku itulah kehendak dari Yang Maha Esa. Syukur & sabar kunci utama.
Sekali lagi, bertawakallah dengan istikharahmu!!!
No comments:
Post a Comment