Sy tergerak utk tulis post ttg ni kerana rata2 wanita kurang faham akan peranan dia sebagai pelengkap bg kaum adam...
Tips ni bukan utk yg dh berkahwin shj,tetapi sesuai utk semua insan yg bergelar wanita.
Kunci kejayaan & kebahagiaan seorang wanita apabila dia dpt menguasai semua perkara spt di bawah :
1) Kekayaan ilmu
- tahap ilmu yg perlu setiap wanita miliki bukan sekadar ilmu memasak utk pikat hati suami ataupun org sekeliling. Tapi tahap ilmu yg dimiliki itu perlulah meluas,bergantung kpd kemampuan masing. Memperolehinya bukan utk dibangga2kan apatah lg utk dijadikan bahan debat. Tetapi dpt dijadikan sbg pendamping akal kebijaksanaan & pelengkap pengetahuan terhadap org sekeliling. Bila tak tahu, perlu ambil tahu. Jika tak minat, belajar utk mengetahui serba sedikit perkara asas. Jika hendak belajar ttp susah utk difahami,tunjukkan minat utk mempelajarinya. Jika sudah faham tetapi ssh utk dilaksanakan, latih diri dgn cara berhadapan dgn perkara2 yg berkaitan spy lebih mudah faham. Explore & terus explore. Fikir & terus berfikir. Cari segala ilmu dlm semua sudut, tetapi jgn terima dgn membuta tuli. Dapatkan dpd sumber yg tepat..Dengar/baca -> fahamkan -> aplikasi dlm kehidupan seharian.
Natijahnya?? Org sekeliling akan hormat dgn lontaran pandangan kita, org sekeliling tidak akn pndang rendah pd kita, diri tak akan rasa kekok bila hendak bergaul dgn masyarakat.
Pelajarilah!!! Pasakkan niat hanya utk Allah.
2) Keseimbangan emosi
- Emosi atau perasaan wanita adalah perkara yg paling sukar utk dikawal. Wanita yg fleksible adalah bila diri mampu utk mengawal setiap emosi yg dihadapinya apabila berdepan dgn pelbagai situasi. Selalunya wanita mudah hanyut dgn emosi sndiri sehinggakan mereka tidak mampu utk menyelesaikan masalah dgn sebaiknya. Penting utk kita mngenali jenis emosi yg biasa mndahului akal fikiran kita. Marah? Mengamuk? Menangis? Benci? Terlalu gembira? Cakap dgn penuh perasaan? Hindarilah semua tu dgn mendahulukan perasaan TENANG dlm diri. Belajar utk cool/sabar terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tndakan. Jangan bertindak melulu. Kelak penyesalan memakan diri. Apa2 perasaan yg hadir skalipun,sama ada positif atau negatif, sandarkan pd Dia yg Maha Esa. InsyaAllah, baru kita akan tahu, faham & sedar kedudukan kita sbg hamba yg lemah & kerdil kt bumi ni.
Setakat utk skrg, hanya idea ni je yg keluar. InsyaAllah kalau ada tambahan maklumat, akan dikongsi kemudian.
~Sekadar secebis coretan & pendapat~
No comments:
Post a Comment