Saturday, October 31, 2015

Kaya dalam masa 3 hari? Meh cuba..

TIPS Jadi kaya dalam masa 3hari :

Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.

Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?

Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia! 

Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY! 
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.

2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)

3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan. 

4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen

6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.

7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!

Sumber dr fb...#copypaste.

InsyaAllah,akan ku cuba laksanakan. 

Thursday, October 1, 2015

Erti 'memahami'

Kadang2 tak perlu untuk menunjukkan rasa keperihatinan kita terhadap seseorang dalam menyelesaikan masalah, apatah lagi utk bantu cari jln penyelesaian dlm setiap kesukaran. Cukuplah hanya sekadar memahami setiap patah kata & ekspresi muka yang diluahkan oleh seseorang itu terhadap kita.

Kadang2 manusia terlalu sibuk & terlalu ambil berat ats sikap keperihatinan itu sehinggakan menyinggung perasaan & merimaskan seseorang itu tanpa mereka sedari. Malahan mereka berharap agar setiap permasalahan seseorang itu dapat diselesaikan dengan segera supaya seseorang itu dpt menghargai setiap jerih & susah payah mereka utk menyelesaikan masalah. Sedangkan adakala seseorang itu hanya inginkan tempat utk meluahkn perasaan & ingin org yg mendengar itu cukup sekadar memahami serta hanya perlu memberi pendapat apabila diperlukan.

Itulah resam hidup bersama manusia. Adakala tahap penerimaan & kefahaman manusia itu berbeza. Bergantung kepada apa yg telah diletakkan dlm minda & hatinya terlebih dahulu... wallahualam.

Tuesday, September 22, 2015

Tawakal dengan Istikharah

Assalamualaikum.

Saat Dia mengujimu dengan pelbagai pilihan, kau gusar untuk menetapkan keputusan. Namun berbekalkan ilmu di dada, selidiki dan telitilah setiap pilihan yang ada dihadapanmu.

Dan disaat itu jugalah penting bagimu untuk meletakkan segala sandaran hanya kepada Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Lalu beristikhirahlah dirimu atas pilihan-pilihan yang kau gusarkan itu.

Setelah beristikhirah & hatimu senang untuk membuat keputusan, pilihlah dengan penuh pasrah. Dengan harapan moga setiap pilihan itu adalah pilihan daripada Allah SWT jua.

Barangkali itulah usaha terakhir buat dirimu. Jangan! Usah terlalu selesa. Dalam meneruskan kehidupan dengan pilihan istikharahmu itu, teruskan lagi untuk beristikharah dan berhajat padaNya supaya dengan cara ini kau benar-benar bergantung dan berharap denganNya semata-mata. Bukan selain dariNya.

Pada akhirnya, apa yang telah kau pilih dalam hidup ini itulah pilihan yang Dia ingin tentukan untuk dirimu. Dia yang mengetahui segala-galanya. Teruskan perjalanan hidupmu dengan penuh pasrah dan tawakal padaNya. Tiada daya & upaya kita untuk menentukan segalanya melainkan dengan izinNya.
Apapun takdir yang berlaku itulah kehendak dari Yang Maha Esa. Syukur & sabar kunci utama.
Sekali lagi, bertawakallah dengan istikharahmu!!!

Saturday, September 12, 2015

Bermonologlah sendiri

Kehidupan yg dilalui.
Ada suka ada duka.
Ada tangis ada ketawa.
Ada sedih ada gembira.

Hari-hari yg dilalui.
Kadang2 tidak semuanya benar.
Kadang2 tidak semuanya salah.
Kadang2 tidak semuanya telus.
Kadang2 tidak semuanya lurus.

Saat-saat yg dilalui.
Ada masa kita tersalah tafsir.
Ada masa kita tersalah dlm tindakan.
Ada masa kita tersalah dlm membuat keputusan.
Ada masa kita tersalah dlm menunjukkan kebenaran.

Itulah manusia.
Yg membezakan manusia dengan haiwan,
Adalah dgn kurniaan akal fikiran yg waras.
Seiring dgn emosi yg terbatas.
Apabila setiap pilihan & tadbir yg kita lakukan,
Akan tetap hadirnya takdir yg Dia ditentukan.

Sebab itu setiap yg berlaku,
Yg di luar kemampuan & keupayaan kita,
Tidak seharusnya kita mempertikaikan.
Usaha, doa & berserah kunci utama dlm meneruskan kehidupan.

Hadapi, rasai, teladani, dan pelajari setiap yg dilalui.
Ada perkara yg akan dapat kita kongsi,
& ada perkara yg kita hanya mampu bermonolog sendiri.
Oleh itu, belajar & terus belajarlah dlm kehidupan ini.
Redhalah & pasrahlah dgn takdir Ilahi.

~senyum selalu~

Wednesday, August 26, 2015

Apa makna 'move on' atau mara ke depan?

Move on kata lawan dia give up..

Kalau kita tak boleh move on, kita akn mudah give up...
Kalau kita dh give up dulu, lg susah kita nk move on.

Sifir dia senang kan?
So, don't ever give up. Try to move on in ur life.

Ni antara makna move on yg pernah sy bg pd sahabat sy di kala dia sedang buntu memikirkan mslh hatinya:-

"Move on doesn't mean kita xblh ingt bnde yg dh lpas.Yg pnting kite xgive up untuk teruskan kehidupan yg akan dtg..Lalui je kehidupan sekarang dengan keyakinan yg tinggi pd Dia. Dia lebih tau segala2nya. Yakin yg akan ada kehidupan yg lebih baik & lebih bahagia dpd yg sebelum ni. That's mean move on.."

Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu bangkitkan kembali semangat sahabat sy tu. Bila dia gembira, kita juga gembira. Bila dia sedih, kita pun turut berduka. 

Itulah sahabat... :-) 

♡MOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL HINGGA KE SYURGA♡

Tuesday, August 25, 2015

Perbetulkan diri.

Assalamualaikum...

Harini ikutkan banyak topik yg ingin diutarakan. Tp tak mengapa,masih banyak masa lg. Sekarang sy highlightkn post kalini berkenaan dengan sikap.Nak tahu isinya? Jom teruskan membaca..

Situasi A : terlalu banyak kesalahan org lain yg dijumpainya seumpama mencari jerawat di celah hidung org.selagi xjumpa, selagi tu dicarinya. Lebih byk kesalahan yg dijumpai,lg enak dia berbicara tentang kesalahan seseorg itu.

Situasi B : apabila sesuatu kesalahan itu berkait dengan dirinya juga,dgn automatik dia menidakkan kesalahan dirinya malah mencari2 lg alasan utk memenangkan kesalahannya dan terus2an menuding kesalahan itu kpd org lain.

Situasi C : apabila sesuatu kesalahan itu benar salah pd dirinya seorg sahaja, dia diam seribu bahasa dengan masam mencuka tanpa mengakui kesalahan tersebut. Dengan erti kata ringkas, dia EGO dlm mengakui kesalahan & perbetulkan kesalahan.

Situasi D : apabila sesuatu perkara yg dilakukannya betul & berjaya, perkara itulah yg diangkat2nya sendiri sehingga mahukan org sekeliling tepuk tgn & memujinya berkali2. Tetapi belum benar2 terbukti kualiti kejayaannya itu,tetapi sudah mahu berpuas hati hanya di peringkat itu.

Demikianlah antara situasi2 yg telah sy jumpai & barangkali sy sendiri pernah laluinya 1 masa dahulu...benar,hakikatnya kita hanya manusia biasa yg xlepas dr kesilapan. Tetapi jgn sesekali biarkan kesilapan itu berlaku berulang kali. Belajarlah dpd pengalaman,terimalah segala teguran.

Bila kita sedar akan kelemahan & kekhilafan diri, insyaAllah Allah akan mudahkan langkah utk kita baiki diri.

Pesanan : JANGAN sesekali biarkan situasi2 begini berlaku dalam diri kita berulang kali. Semalam adalah sejarah yg harus kita kenang & xmungkin utk kita ulang. Jika mahu jd yg terbaik utk insan sekeliling, perbetulkan diri terlebih dahulu. InsyaAllah, niat kita utk bantu baiki org lain terlaksana jua.

Moga bermanfaat.. :-)

Saturday, August 15, 2015

Hakikat cinta...kedudukan,wang & harta bukan segala-galanya

A poor boy was in love with a rich man’s daughter.
One day, the boy proposed to her, and the girl said, “Your monthly salary is equivalent to my daily expenses. How can I be involved with you?”
She went on, “How could you have thought of that? I can never love you, so forget about me and get engaged to someone else ofyour level.”
But for some reason, the boy could not forget her so easily.

Roughly 10 years later, they stumbled into each other in a shopping mall.
She immediately said, “Hey, you! How are you? Now I’m married, and do you know how much my husband’s salary is? $15,700 per month! Can you beat that? And he is also very smart.”
The man’s eyes became wet with tears on hearing those words from the woman he used to care for.

A few seconds later, her husband came around. But before the lady could say a word, her husband saw the man and said, “Sir, you’re here! And you’ve met my wife!”
Then he turned to his wife,”This is my boss who runs the $100 million project I’ve been working on!
“And if you want to know something strange about him, he once loved a lady but he couldn’t win her heart. That’s why he has remained unmarried since.”
He went on, “How lucky would that lady have been if she had married this man right here?”
The lady looked in total shock but couldn’t utter a word.
Final Words: Life is very short and just like a mirror. You can only see as much as it reflects. So don’t be too arrogant or proud by looking down on others because of their current situations. Things can change with time, just like the weather. Don’t underestimate anyone, because everyone has a different story!

Friday, August 14, 2015

Tips untuk book hotel dgn harga special


Salam jumaat yg penuh barakah... :-)

Harini nak share knowledge pula ttg tips utk survey & tempah hotel..

X susah pn. 1 perkara yg kita perlu tau,medium utk menempah hotel ade byk cara,samaada:
1) call direct dgn hotel tu, atau
2) tempah melalui online di website hotel tersebut, atau
3) tempah melalui website alternatif yg menawarkan senarai2 hotel di malaysia, cth agoda ke.. trivago ke.. dll

Tp jgn tempah dulu..sebelum decide utk tempah, survey dlu harga utk ketiga2 cara ni, mana 1 yg dpt promotion price..haa,kdg2 ade mase harga booking online lg mahal dpd hrga booking di agoda. Ade mase dia jauh lbih murah pulak (mcm contoh yg sy tunjuk kt ats tuuu..) 5hari 4mlm =RM377++ je..berbaloi kan..so,kena la rajin2kan diri utk survey. Khas utk org yg suka berjimat cermat mcm sy.hihi..

Then, last skali bg yg booking online ni pastikan ade credit card atau debit card sbb biasanya dia akn minta no credit card sbg jaminan byrn hotel. Ade hotel pula minta kita bayar semasa check-in. Jd, kena la baca term & condition terlebih dahulu. Dh setuju baru booking.

Sekian shj perkongsian sy utk kali ni. Kalau ade pertanyaan boleh la tanya di box comment tu. Mane pengalaman yg sy dh lalui boleh la sy kongsikan di sini.. InsyaAllah. :-)

~Experience better than knowledge~

Thursday, August 13, 2015

Penulisan: realiti atau imaginasi

Salam subuh..

Alhamdulillah Allah masih lagi beri diri ni peluang utk menulis.
Setelah lebih 2 tahun blog ni terbiar berkarat & bersawang, akhirnya hati ni tergerak juga utk coret2 kembali di atas lembaran kertas alam maya..hehe. (berbahasa seni plak)

Kekadang terfikir, ada berbaloi ke kalau aku menulis? Kadang fikir jgk kalau2 diuji dgn ape yg kita tuliskn. Ade jgk trfkir bila setiap kali ayt manis ni dikeluarkn ikut sesedap hati selera sendiri,belum tentu diri kita juga yg sebegitu di alam realiti...betul dak?

Tp yg penting, hakikat kehidupan, setiap amal n perbuatan yg kita kerjakan tu la yg akn ditulis dlm buku amal (sama ada kiri atau kanan) & akan diperhitungkan kt akhirat nnti..kt mane kita pd akhirnya? Wallahua'lam.

Jd,tu la tajuk sy utk julung kalinya pd thn ini setelah 2 thn bersawang..hehe. Menariknya sebuah cerita kehidupan yg telah Dia rekakan utk kita,itulah baiknya utk kita nukilkn semula realiti itu ke dlm bentuk penulisan. Bukan berimaginasi & mengayat lebih2 dulu, tp dlm kehidupan xmmpu nk harung. Tu la yg bahayanya..Allah uji dgn apa yg diperkatakan.

So,selamat menulis kembali buat diri ini.hehe..jgn malas2.moga2 satu hari nanti apabila semua pengalamanmu dh diecoret kembali,saat ingin mengenangkan semula n nk belajar dpd perkara yg lepas,skurg2nya boleh la belek2 smula blog ni..utk manfaat yg lain juga. InsyaAllah..

P/s: penulisan juga 1 amanah.hati2 dgn penulisan kamu tu ya.. :-)

Ok,terima kasih. Jumpa lg.